Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

"Ini Bukan Drama Petang Sesuka Hati Minta Letak Jawatan" – PU Amin

28-7-2021 05:07 PM Komen: 4
Pencetus Ummah, Amin menyelar sikap segelintir rakyat yang tidak simpati terhadap Ketua Pengarah Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah setelah dia berjuang dalam membendung penularan Covid-19.

Menurutnya, rakyat seharusnya bersatu hati dan berganding bahu lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai pengaruh kuat di media sosial atau pengikut tersendiri.



“Dr. Noor Hisham bergadai nyawa, berkorban masa dan tenaga untuk bantu kita semua rakyat Malaysia agar berjaya melawan Covid 19. Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia yang matang dan berbudi wajib menyokong dan bersatu padu untuk hapuskan Covid-19.

“Ini bukan drama petang-petang boleh minta letak jawatan begitu saja. Gunakanlah pengaruh dan nama untuk mendidik masyarakat.

“Semoga Allah SWT memelihara Dr. Noor Hisham dan memberi kekuatan kepada barisan hadapan dalam berjihad melawan musuh (Covid-19) negara ini. Semoga Allah memberi jalan petunjuk dan kebaikan buat kita semua,” katanya.

Coretan PU Amin itu dimuat naik bersama tangkap layar artikel yang menulis tentang pelakon Rita Rudaini dan Lana Nodin menggesa ketua KKM untuk meletakkan jawatan.

Menjengah ruangan komen, majoriti bersetuju dan menyokong coretan PU Amin. Rata-rata melayangkan komen kecewa dengan sikap rakyat yang tidak bertimbang rasa dan prihatin.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote LoveCatVideos 2-8-2021 09:46 AM
ceptlah covid berakhir

Lain-lain Komen

Quote imransulaiman 28-7-2021 11:36 PM
Aku nak sangat si tuut dan si tuut tu kena covid... Biar dorang rasa
Quote jiwasemangat 29-7-2021 07:00 AM
Semoga kobid berakhir di M'sia terchenta ini..
Quote Ayda89 1-8-2021 11:44 PM
bising je perempuan hidung kepit ni
Quote LoveCatVideos 2-8-2021 09:46 AM
ceptlah covid berakhir

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top