Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

'Buang' Perut, Usus Besar, Rektum Dan Hempedu Elak Kanser

22-7-2021 03:06 PM| Komen: 23

Seorang lelaki terpaksa menjalani kehidupan tanpa perut, usus besar, rektum dan hempedu selepas kesemuanya ‘dibuang’ bagi mengelakkan dia menghidapi kanser sistem penghadaman.

Ketika berusia 13 tahun, Juan Dual disahkan mengalami familial multiple polyposis yang boleh menyebabkan dia menghidap kanser sistem penghadaman sebanyak 99.8 peratus.


Foto: IG dualcillo

Pada usia 19 tahun, Dual menjalani pembedahan membuang usus besar dan rektum bagi mengurangkan risiko kanser.

Namun, keadaan lelaki itu semakin tenat ketika dia berusia 28 tahun apabila penyakit tersebut mula menyerang perut, menyebabkan doktor membuat keputusan membuang perutnya.

Selepas pembedahan membuang perut, berat badan Dual turun mendadak kepada 57 kilogram, selain dia juga sukar untuk bangun dan berjalan.

Tidak lama kemudian, bakteria berbahaya menjangkiti hempedunya dan sekali lagi Dual menjalani pembedahan untuk membuang hempedu.

“Berat badan saya susut kira-kira 50 peratus dari berat asal iaitu 106 kilogram.

“Episod sedih hidup saya berubah apabila mula menyertai acara maraton kerana melalui berlari, saya berasa lebih sihat dan bersemangat,” katanya.

Biarpun tidak mempunyai sistem penghadaman yang sempurna, Dual memberitahu dia menikmati semua makanan lazat termasuk donut dan pasta.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 23
Komen

Previous : Lekeh Sangat Ke Kerjaya Dropship, Pilihan Zaman Kini?

Next       : Inilah Durian Merah Kegemaran Opet Dalam Animasi Upin & Ipin

Komen Terbaru

Quote Cieejiee 29-7-2021 10:03 PM
Salute...

Lain-lain Komen

Quote matbad 22-7-2021 03:09 PM
Allah macam2 jenisss
Quote Buritan 22-7-2021 03:29 PM
matbad replied at 22-7-2021 03:09 PM
Allah macam2 jenisss

Tp kote dia nmpk okla
Quote biskutraya 22-7-2021 03:35 PM
Senangnye nak kurus.. huhu..
Quote insulin 22-7-2021 03:41 PM

Wut?
Quote matbad 22-7-2021 03:43 PM
Buritan replied at 22-7-2021 03:29 PM
Tp kote dia nmpk okla

hg fokus situ dulu kan. dasar buritan tau nak kote ja
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 04:17 PM
mak aihhhh. banyaknya kena buang
Quote dua_chzy 22-7-2021 04:18 PM
God bless you Juan.
Quote nononcrux 22-7-2021 04:49 PM

hahaha bongok la, bestnye kurus.. aku ni kurang mkn turun sekilo je makan naik balik 2kilo hmm
Quote Buritan 22-7-2021 05:59 PM
nononcrux replied at 22-7-2021 04:49 PM
hahaha bongok la, bestnye kurus.. aku ni kurang mkn turun sekilo je makan naik balik 2kilo hmm

Koh kih.. baiklaa komen kat sini dr kobik dgn dewa sayu punya berita.. peningggg
Quote Artemesiaa 22-7-2021 06:03 PM
Wah banyaknya organ yang kena buang nasib dia seorang yang berfikiran positif
Quote CatMiow 22-7-2021 11:58 PM
Kesiannya..  Mesti ada sikit2 kesulitan dalam menjalani kehidupan seharian.
Quote CatMiow 23-7-2021 12:00 AM
Buritan: Koh kih.. baiklaa komen kat sini dr kobik dgn dewa sayu punya berita.. peningggg


Hahaha..  Tak yah fikir hal mereka,  lagipun tak menyumbang kat tabung dorng tu. Baik fikir kehidupan kita kak oi... Nak menyumbang pun orng2 dekat je la.
Quote Adrif 23-7-2021 02:15 AM
takde perut ke macam mana tu?
aaaa any doctors please explain lagi

so.. dia makan terus keluar ke camane? takde hadam?
nutrient dapat macam mana?
I cant brain
Quote imanda 23-7-2021 05:48 AM
Adrif replied at 23-7-2021 02:15 AM
takde perut ke macam mana tu?
aaaa any doctors please explain lagi


tu la, dia mkn pastu proses mcmn sb xde perut rektum sume?
Quote sukacactus 23-7-2021 06:17 AM
Nak gak tau kesan pembedahan tu pada dia selain berat turun, apa lg ya
Sebab byk sgt kena buang tu
Quote fadz84 23-7-2021 09:14 AM
Adrif replied at 23-7-2021 02:15 AM
takde perut ke macam mana tu?
aaaa any doctors please explain lagi


Tu la tertanya2 jugak.. cmne proses penghadaman mknan dia?
Quote mbhcsf 23-7-2021 09:33 AM
Adrif replied at 23-7-2021 02:15 AM
takde perut ke macam mana tu?
aaaa any doctors please explain lagi

hehehe

Familial Adenomatous Polyposis  ( FAP ) ni satu penyakit genetiklah di  mana sapa yang ada penyakit ni akan mewariskan genetk yg ada penyakit ni kepada anak anak depalah.  apa dia benda ni , well dia ni satu keadaan di mana ade ketumbuhan yang asalnya tak cancerous - namanya polip, asalnya  benign tapi ada kecenderungan untuk berubah kepada cancer pada umur umur tertentu tu TINGGI  dan polip ni bertaburan di bhgn organ pencernaan pesakit tu  seperti perut, pancreas, usus  etc.


so, dalam konteks Juan ni, dia nyer usus besar, perut  dan hempedu (hempedu ni sebab ada infection tu dalam artikel tu cakap ) yang dikeluarkan , jadi persoalan tentang :

perut dia tak ade pencernaan masih boleh berlaku sebab.....
usus kecil dia still ada sebab dalam artikel tu dia tak keluarkan usus kecil cuma usus besar dan dubur ( rektum) , so tak affect pencernaan dan proses pencernaan yakni penyerapan makanan tak berlaku di usus besar pun, usus besar dia serap air je dan menyimpan tinja atau najislah ...

organ organ pencernaan ialah  dalam mulut pun pencernaan berlaku dah tu air liur yg ada enzim amylase tu?

kalau dia tak ada hempedu ke ape may be penghadaman lemak ade lah kot supplement,  ke atau pun doktor berkejsama dengan dietitian untuk memastika dia mendapat zat yang masih seimbang.

wallahuallam .


Quote airisa 23-7-2021 01:12 PM
mbhcsf replied at 23-7-2021 09:33 AM
hehehe

Familial Adenomatous Polyposis  ( FAP ) ni satu penyakit genetiklah di  mana sapa yang a ...

dia pakai stoma bag la kan sebab dah takde rektum.

digestion & absorption dia pun kurang .. mesti ada supplement yg doktor bagi utk bantu dia dapat sufficient daily nutriens
Quote I.K.A888990 23-7-2021 02:31 PM
tabah dia ni. salute la
kalau jadi kat diri ni xtau la bole setabah ni ke.x

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top