Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Buat Filem Tak Pernah Untung, Aamir Khan Dedah Bapa Tak Pandai Meniaga Dan Hampir Muflis

17-6-2021 01:36 PM| Komen: 3

Membesar sebagai seorang anak penerbit filem, pelakon terkenal Bollywood iaitu Aamir Khan berkata ayahnya pernah berdepan kegagalan apabila filem dihasilkan tidak mendatangkan keuntungan.

Menurut Aamir, ayahnya iaitu Tahir Hussain pernah melalui pelbagai dugaan dan cabaran sukar semasa awal pembabitan dalam industri perfileman di India.


Foto: Hindustan Times

"Saya berasal dari keluarga filem, saya pernah melihat pak cik dan ayah membuat filem... ayah seorang produser yang sangat cekal.

"Tapi dia tak tahu macam mana nak berniaga, jadi dia tak pernah hasilkan keuntungan dan hanya berdepan masalah.

"Satu filem memerlukan beberapa tahun untuk disiapkan, ada yang perlukan sampai tiga tahun," katanya.

Dalam pada itu, Aamir berkata keluarganya pernah berdepan masalah kewangan sehingga hampir muflis.

"Dia berhutang agak banyak... kami hampir bankrup dan kami pernah hampir berada di jalanan waktu itu.

"Ibu pernah cerita... ayah mencari semula sijil ijazah kerana terlalu memerlukan kerja! Itulah situasi kami ketika itu," ujarnya.

Tahir Hussain mula berkecimpung dalam industri seni sejak 1961 dan menghembuskan nafas terakhir pada 2 Februari 2010. -CARI

Sumber: mStar/ Hindustan Times

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 3
Komen

Previous : "Wanita Paling Seksi,"- Akshaye Khanna Gila Menatap Sosok Aishwarya Rai

Next       : Upiak Isil Dah Lain! Dah Berhijrah Rupanya

Komen Terbaru

Quote jihah_kudat 19-6-2021 11:10 AM
oh baru tahu bapak heolss penerbit filem patut la dia selalu terbit filem lain dari yg lain dia taknak repeat mistake bapak dia...

Lain-lain Komen

Quote Itzy 17-6-2021 11:33 AM
Biase la tu amir, org berjaya selalunya org yg kuat usaha dan tak pernah putus asa. Sekurangnya bapak ko tak pernah cerai dan kawin perempuan hindu. Org islam mana boleh kahwin x convert agama. #donekecam
Quote MarryPottet 17-6-2021 01:49 PM
Semasa nyerrr isu innih!
Quote jihah_kudat 19-6-2021 11:10 AM
oh baru tahu bapak heolss penerbit filem patut la dia selalu terbit filem lain dari yg lain dia taknak repeat mistake bapak dia...

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top