Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Terima Kasih Azhan Rani Jadi Punca Kebencian" - Budak Ijat

15-6-2021 12:36 PM| Komen: 33

Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohammedin, menganggap tarikh hari ini sebagai satu sejarah dalam hidupnya sinonim dengan hari pertama drama tersebut ditayangkan di kaca televisyen seluruh Malaysia pada Jun 2018.

Menurutnya yang turut dikenali dengan panggilan budak ijat, dia tidak pernah terfikir drama ini juga mampu mencatatkan trending nombor satu dunia namun berbangga kerana ia menjadi satu daripada pencapaian terbaik dalam hidupnya.


Kredit foto: IG Budak Ijat & Azhan

“Terima kasih pada makcik-makcik bawang kesayangan saya sekalian. Tanpa sokongan kalian sudah tentu drama Nur tak akan berada di tempat itu.

“Cukuplah merasa sekali seumur hidup. Saya tak perlu pertahankan apa-apa lagi. Lepas ini, kalau drama saya tak meletop dan sehebat drama ini pun saya dah syukur sangat sebab sudah pernah merasa orang kata.

“Mati pun kubur tak berasap, haha,” selorohnya.

Shahrulezad berkata demikian dalam satu perkongsian di Instagramnya hari ini sempena tarikh signifikan tayangan perdana drama Nur empat tahun lalu.

Selain itu, Shahrulezad dalam perkongsian yang sama turut berterima kasih kepada pelakon Azhan Rani kerana menjadi punca drama ini mendapat perhatian dan popular di kalangan peminatnya.

“Terima kasih Azhan Rani yang menjadi punca kebencian dan bahan orang membawang. Kaulah puncanya!

“Untuk barisan pelakon lain, tentulah Azhan tak akan jadi hebat tanpa sokongan dari anda semua yang lagi hebat! Rindu dengan semua pelakon drama ini. Sebuah keluarga yang hebat. Rindu anda semua,” katanya.



Terdahulu, menerusi informasi yang dikongsikan oleh Shahrulezad, berdasarkan sumber Nielson 2018, drama Nur telah mencatat jumlah tontonan 11 juta selama 19 episod tayangan.

Drama tersebut juga mengungguli slot 10 malam di seluruh Malaysia selain menguasai media sosial dengan menjadi trending nombor satu di seluruh negara dan dunia selain menerima lebih daripada 500,000 tontonan dalam masa sebulan.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
1
0
Komen: 33
Komen

Previous : Cukup Derita Itu Henti Tayangan, Sekuelnya Dijamin Lebih Mantap

Next       : Kenapa Ada Dinosaur Dalam Zombitopia? Pelakon A List Pun Takleh Selamatkan Filem Ni

Komen Terbaru

Quote MoneyMatters 28-7-2021 12:29 AM
Betul Nur 2 hauk. Pastu i xboleh brain ada isteri bodoh mcm xboleh pakai otak dok jd insan lemah je di bawah naungan Ustaz Madi.. Stresssss

Lain-lain Komen

Quote lavendernovella 15-6-2021 01:02 PM
Walaupun tak pernah tgk drama nur ni , tapi penulis skripnya bukan calang2 orang.
Quote matchstick 15-6-2021 01:07 PM
Dh 4 tahun ke 3 tahun.. kalau 2018 baru 3 tahun
Quote user.name 15-6-2021 01:35 PM
nur trending #1 dunia? berbillionz acik2 bawang seluruh dunia ke yang gegeh tengok sampai trending tu?
Quote dudaberhias 15-6-2021 03:53 PM
Ponen dan gayah bottom kalau tak ilusi dan berangan tak sah...

celah mana trending no.1 satu dunia? setakat dalam Malaysia ada la. Tu pun tak lepas untuk di marketkan dekat Indonesia.
Quote anilanil 15-6-2021 04:12 PM
Drama mmg ok tp move on please...sempena pkp extended version ni cari la ilham buat drama baru..
Quote I.K.A888990 15-6-2021 04:33 PM
cerita dia ok2 je tak ada la best sgt2
Quote MsKathryn 15-6-2021 04:54 PM
Rengsa plak tgk hidung pelesu bdk ijat ni.. si azhan rani plak color rambut dh serupa pilak
Quote Ayda89 15-6-2021 05:07 PM
Aku layan je cerita nur ni. Drama budakijat ni tak terlalu tipikal
Quote helicornia 15-6-2021 05:37 PM
Edited by helicornia at 15-6-2021 05:39 PM
user.name: nur trending #1 dunia? berbillionz acik2 bawang seluruh dunia ke yang gegeh tengok sampai trending tu?

aku tk pernah tengok pun. koser
Quote Zaien 15-6-2021 07:22 PM
femes ke idok?? sorry yachhhhh
Quote RumiMenari 15-6-2021 07:30 PM
I tak pernah tgk Nur 1 dan 2.. teaser je pernah tgk sekali dua.. tak menarik hati i..
Quote Jolabu 15-6-2021 08:08 PM
Aku rasa watak Azhan Rani tu kalau ganti dgn laki Lisdawati pun menjadi sebab dia pun sesuai sgt watak jahat mudah buat orang benci
Quote wirazam 15-6-2021 08:12 PM
Nak ckp..amyra tu cantik betul...kalau betul betul digilap..bakat dia ni boleh lepas market Indonesia nih..dan boleh demand utk satu satu projek drama/filem
Quote Pak.dolla 15-6-2021 08:30 PM
Aku tak boleh tgk muka azhan ni..ms sekolah dulu ada mamat sejibik muka dia ni selalu ajak aku gaduh..lagi sikit nak bertumbuk masa tu..
Quote lattehazelnut 15-6-2021 09:20 PM
Overrated sgt..
Quote mamajawie 15-6-2021 10:52 PM
Aku xpenah tgok citer Nur ni..maaf x viral pun. Bek aku tgok citer tanah kubur lgi best
Quote Ahgerbitch 15-6-2021 11:54 PM
Watak azhan rani tu lagi stand out dr pelakon utama…hahaha
Quote kakaro940 16-6-2021 12:13 PM
radius one tu c ijat punya ka??? klu takat drama nur ni dia agung2 kan sgt x payah la..drama radius one yg dlu lg hebat kot berbanding nur ni...
Quote deebiz14 16-6-2021 02:19 PM
Dah basi ahh... sebok nak up up.
Time jaman tu je popular.  Tengok skali je dah.

Cer buat citer evergreen sepanjang jaman ... bertahun2 orang akan tetap nak tengok berulang dan tetap akan disebut2.

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top