Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Misteri Gunung Tahan yang paling popular

30-5-2021 01:40 AM|Raline| Komen: 30

#Tahukahkorang
MISTERI GUNUNG TAHAN

Kepada peminat aktiviti ‘hiking’ pasti nama Gunung Tahan tidak asing lagi bagi anda. Namun kepada yang tidak pernah mendengar ataupun belum cuba dan ingin mendaki, eloklah kalau anda baca dahulu posting ini untuk memahami lebih jelas lagi tentang lokasi kawasan misteri yang akan admin ceritakan ini.



Sejarah Awal
Gunung Tahan ini terletak di Hutam Taman Negara Sempadan Negeri Pahang-Kelantan. Berdasarkan kajian sejarah seperti yang tertulis dalam jurnal oleh Skinner (1878), rakyat Eropah pertama yang mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia yang bernama Baron Von Mikluho-Maclay pada tahun 1875.

Gunung Tahan juga dipercayai mendapat namanya selepas dikategorikan sebagai satu kawasan larangan (Forbidden) atau ‘tahan dari datang atau didekati’. Larangan ini tidak dapat dipastikan alasannya tetapi ianya berkemungkinan untuk menjaga semangat gunung tersebut.

Menurut kajian awal yang dijalankan pensyarah Jabatan Pengurusan Hutan (Perniagaan Rekreasi dan Pemasaran), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Azlizam Aziz, walaupun tidak mempunyai bukti dalam bentuk catatan mengenai andaian bahawa terdapat sabotaj di mana pembesar Melayu ketika dahulu hendak menghalang ekspedisi penjajah untuk meneroka hasil alam semula jadi di negara tercinta.

“Itu andaian kita, tak direkodkan dan tiada bukti tetapi logiknya boleh terjadi. Banyak yang kena kaji, yang bertulis dan lisan. Pembesar dulu memang bijak, mereka ‘tipu’ penjelajah Inggeris dengan berpakat bersama penunjuk arah supaya memutar belit laluan. Kebanyakan ekspedisi gagal di kawasan sama iaitu di Teku Gorge,” katanya.

Sebenarnya ekspedisi-ekspedisi ini cuba meneroka ke kawasan yang melangkaui Gunung Tahan iaitu ke kawasan misteri di lembah gunung-gunung hutan Taman Negara untuk cuba mencari sesuatu. Tetapi apakah yang ada disebalik puncak Gunung Tahan ini? Persoalan ‘Forbidden forest’ ini sehingga kini masih belum terjawab lagi.

Untuk makluman anda, hingga ke hari ini, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama ATM dan Unit-unit Komando negara-negara asing tajaan the Jesuits menjaga dengan ketat kawasan lembah misteri ini. Mereka juga tidak berani masuk ke lembah ini. Ruang udara kawasan lembah ini juga telah dikuatkuasakan sebagai zon larangan terbang (no fly zone). Kalau anda berani terbang di kawasan ini, mungkin anda akan ditembak jatuh.

Kisah-Kisah Misteri Yang Berlaku Di Gunung Tahan
Pada tahun 1880, terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak.
Pada tahun 1898, W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak yang luar biasa besar.

Di sini admin juga masukkan sedikit info pengalaman seram pendaki tempatan yang pernah mendaki Gunung Tahan:


Pocong di Tepi Trek
“Sewaktu on the way ke Kubang selepas Belumut dan waktu ketika itu senja, aku ngan kawan-kawan stop sekejap sebab kawan aku kononnya tangan terkena duri. Sewaktu berehat tetiba kawan aku yg kat depan tu azan, lepas azan kami masih lagi tidak berjalan tetapi semua orang resah gelisah sampai aku pun pelik. Rupa-rupanya kawan aku yang berada depan tu berhenti sebab die nampak benda putih dekat tepi trek dan kawan aku yang kat belakang sekali tu nampak pocong berdiri belakang kawan aku seorang lagi.”

Kelibat Orang Berjubah Putih
“Aku dan kawan-kawan terpaksa tidur kat Kubang sebab guider tidak mahu ambil risiko untuk berjalan waktu malam sebab time tu musim hujan. Jadi, aku dengan kawan-kawan aku walaupun tidak rela tetapi terpaksalah jugak ikut Lepas makan malam dan sembang-sembang sampai larut malam, masing-masing pon mulalah tarik sleeping bag masing-masing.”

“Tengah kawan aku abang Zack namanya tidur-tidur ayam tu, dia ternampak 3-4 orang berjubah putih turun dari bukit yang tidak jauh dari fly tidurnya. Lagaknya seperti orang alim-alim.”

“Makhluk itu ajak abang Zack ikut mereka tapi abang Zack taknak dan dia terus terlena. Esok paginya dia cerita pada guider depan aku dan kawan-kawan yang lain dan ada seorang kawan aku bagitahu malam td dia terjaga sebab terdengar ada orang mengigau tapi tak tahu siapa. Guider aku itu bagitahu kat situ memang ada kelibat makhluk berjubah tu sebab guider aku dulu pon pernah kene tegur ngan makhluk tersebut kerana buat bising malam-malam buta.”

Suara Memanggil
“Pada waktu siang, kawan aku perempuan dua orang tengah turun dari Gunung Rajah menghala ke Kem Melantai, time diorang berdua tengah jalan tiba-tiba ada suara yang memanggil kawan aku yg sorang ni. Memang dorang dengar jelas suara tu memanggil.”
Time tu aku dah jalan jauh ke depan dengan kawan yang lain. Kawan perempuan aku itu hanya berani bagitahu kisah ni selepas kami semua keluar dari hutan sebab die pun takot sejak kejadian nama die kena panggil tu.”

Cerita-cerita yang didengar daripada mereka yang berjaya mendekati kawasan Lembah Misteri:

1. Terdapat bacaan e.m.f. (daya elektromagnetik) yang amat kuat.
2. Kompas akan berpusing-pusing atau tidak berfungsi dengan betul di sesetengah tempat.
3. Terdapat binaan seakan-akan rupa piramid Giza dan bekas tinggalan bandar yang besar setara dengan binaan-binaan bangunan di Macchu Pichu, Amerika Selatan.
4. Kadang-kala terdengar bunyi ledakan kuat seakan2 bunyi dentuman guruh datang daripada arah hutan tebal di situ.
5. Kelihatan kerdipan-kerdipan dan bola-bola cahaya turun naik daripada kawasan hutan (dikatakan hanya berlaku di dalam bulan Disember sahaja).

Credit : Blog
^mak anjang hot^




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
2
0
0
Komen: 25
Komen

Previous : Lekeh Sangat Ke Kerjaya Dropship, Pilihan Zaman Kini?

Next       : Meriahnya penyokong China tengok bola

Komen Terbaru

Quote Fortiori02 6-9-2021 08:31 PM
She-Ra replied at 6-9-2021 11:02 AM
alhamdulillah rezeki
insyaAllah masa anda akan tiba nanti.. yakin boleh!


Amin, terima kasih sis

Lain-lain Komen

Quote Skuau 29-5-2021 11:09 PM
'The truth is out there'-X-Files.
Quote rosmahisham 29-5-2021 11:41 PM
Ada Pyramid tanah melayu.hu hu
Quote awenda507 30-5-2021 01:03 AM
Nape la aku terbaca mlm2 ni.adui
Quote LadyCarefree 30-5-2021 11:27 AM
"Untuk makluman anda, hingga ke hari ini, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama ATM dan Unit-unit Komando negara-negara asing tajaan the Jesuits menjaga dengan ketat kawasan lembah misteri ini."

LoL.

Lahai sekarang ada Google earth boleh tengok ya ka ada pyramid kt situ.
Quote sranua 30-5-2021 02:19 PM
Kalau Unit Komando ATM tu boleh tahan lagi nak percaya..tapi kalau unit tajaan The Jesuits tu apa pulak...merujuk Freemason ke Dajjal.
Quote fofuler 30-5-2021 02:27 PM
LadyCarefree: "Untuk makluman anda, hingga ke hari ini, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama ATM dan Unit-unit Komando negara-negara asing tajaan the Jesuits menjag ...
Kalau tengok muka orang south america kan, banyak yang muka2 nusantara. Mungkin dulu tempat kita ni satu benua dengan dia orang sebelum "we are what we are now", so pyramid yang kat tempat kita ni pun sisa2 yang terpisah dari sana kot? Tak tau lah andaian je, bukan pakar sejarah pun aku ni hahaha.
Quote my_irina 30-5-2021 03:41 PM
misteriiii
Quote insulin 30-5-2021 04:19 PM
Sampai macam tu sekali misterinya ya. Ermmm.....
Quote helicornia 30-5-2021 09:13 PM
ni nk citer psl sejarah ke psl citer seram
bercampur2
Quote CiliPadiSedap 30-5-2021 10:52 PM
Cakap je lah tu perkampungan tengku jalal dan acik kepam.
Quote AyaqMeloSuam 1-6-2021 11:27 AM
Skuau replied at 29-5-2021 11:09 PM
'The truth is out there'-X-Files.

Tenetnet tenet tenet... niuniuuniniuuniuu...
Adeh.. dan2 lagu dia dok jumping dlm otak aku
Quote biozipstar 1-6-2021 10:18 PM
misteri ini betul ke tak betul... di kala dah ada dron semua ni misteri masih belum dirungkai maknanya ada yang jaga tempat tu. samada askar yg tembak orang yg nak ceroboh.. atau "askar lain"
Quote katakauu 2-6-2021 09:47 AM
mmg something sgt. geng aku study dulu pernha buat kem mai sini. jd kes.. biasalah yg pi tu laki pompuan. tgh daki tah apa diaorg buat. mmg kena gangguan kat situ.
Quote Didi_Aira 2-6-2021 08:46 PM
X silap la aku xsuka aktiviti hiking ni
Quote havovasta 3-6-2021 12:54 PM
berapa banyak kacang da kau kutip
Quote carrickknowe 3-6-2021 01:34 PM
kutip kacang hehe
Quote She-Ra 4-6-2021 04:07 PM
Alhamdulillah pernah mendaki gunung tahan dan sampai puncak pada hari ke 3
Alhamdulillah jgk sepanjang 7hari dalam hutan tu takde kejadian yg aneh2
Cuma masa tido kat kem gedung berhadapan dgn kem padang yg dh lama ditinggalkan sampai bersemak samun tu je ada rasa seram nak bangun pagi keluarkan muka bukak mata dr dlm sleeping bag. Terpaksa tendang org sebelah utk bgn hahahaaa.. seram bkn sebab apa pun, lebih pd sayup memandang view penuh gitu.. tido pun lena jeee

Antara gunung yg aku nak repeat utk didaki lagi. InsyaAllah.. pemandangan memuaskan.. indah ciptaanNya. Lain gunung, lain caaran dan penghayatannya.. gituuu

Seronok perjalanan dr kem botak ke bonsai  ke puncak gunung dan seterusnya ke kem gedung.. lepastu banyak main sungai.. cross mengcross sampai lebam
Quote katakauu 4-6-2021 04:47 PM
Didi_Aira replied at 2-6-2021 08:46 PM
X silap la aku xsuka aktiviti hiking ni


aku tu bkn hiking tp program university.. wajib join
Quote QueenIsolde 5-6-2021 01:18 PM
sranua replied at 30-5-2021 02:19 PM
Kalau Unit Komando ATM tu boleh tahan lagi nak percaya..tapi kalau unit tajaan The Jesuits tu apa pu ...

Kann, xkan atm Mesia collaborate ng geng2 jesuit, cukupla bang non sorg je.

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top