Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Anak Kurang Kasih Sayang Atau Ibu Bapa Bersikap Toksik?

30-7-2021 01:08 PM|Oleh: Gadis pena| Komen: 17

Menjadi ibu bapa tidaklah mudah mahupun susah. Di dunia ini, tiada benda mudah kita boleh capai begitu saja termasuklah menjadi  ibu bapa atau apa saja kita hendaki tanpa usaha. 

Mendengar saja perkataan 'ibu bapa', mereka yang memegang gelaran ini merasakan diri mereka ibarat raja di mata anak-anak. Menghormati ibu bapa  wajib ditunaikan setiap anak-anak. Tapi, bagaimana pula jika ibu bapa itu bersikap toksik pada anak-anak mereka?


Foto: Google.com

Sesetengah ibu bapa mungkin merasakan mereka terpaksa menjadi seorang ibu atau ayah apabila ada kelahiran baru. Ini biasanya terjadi pada seorang lelaki di mana dulunya bujang, kacak, diminati wanita, tiba-tiba bertukar status. Tambahan pula, isterinya melahirkan anak sulung mereka. Kerana itu, suaminya belum bersedia memiliki sebuah keluarga. 

Jadi, dia merasakan dirinya masih bujang, lalu tnggungjawab menjaga anak diserahkan sepenuhnya pada si isteri. Ini belum masuk lagi dengan kehidupan seorang lelaki apabila anaknya meningkat dewasa.
 
Disebabkan sudah biasa menyerahkan tanggungjawab pada isteri dalam penjagaan anak, suaminya kekal dengan sikap bujangnya seperti keluar pagi, balik malam dan makan di luar. Semua ikut kepala sendiri sehingga anaknya terabai dan kekurangan kasih sayang.

Namun, salah siapakah jika anaknya suatu hari nanti melakukan perkara sama pada ayahnya? Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Google

 
Google

Pada pendapat penulis, menunjuk-nunjuk wang simpanan yang banyak pada anak-anak merupakan antara ciri ibu bapa toksik. Jika anak mahu minta sesuatu daripada ibu bapa, mereka perlu buat sesuatu untuk ibu bapa agar mendapat wang atau daripada mereka.

Ini memberi tekanan buat anak-anak. Kalau anak-anak itu mahu membeli keperluan sekolah dengan kadar segera, ibu bapanya pula jenis bersikap raja, maka mereka akan kecewa, malah mengasingkan diri daripada semua rakannya. 

Disebabkan sikap ibu bapa sebegini, anak-anak dilihat kurang kasih sayang di mata orang lain. Namun, ada juga anak-anak yang berusaha mencari kerja sambilan tapi dilakukan secara rahsia daripada diketahui ibu bapanya. Puncanya? Ibu bapa tidak memberi mereka duit. 

Zaman kini memang kita banyak memakai duit. Kalau ibu bapa  beri RM10 pada anaknya, mampukah mereka bertahan? Bagaimana pula dengan yang belajar di Universiti? Cukupkah RM10 sebagai wang belanja harian? Jika tidak membenarkan anak-anak menyambung pelajaran kerana kekangan wang, bagaimana pula dengan cita-cita mereka? Sanggupkah anda melihat anak-anak tidak berjaya seperti orang lain?

Kerana ibu bapa bertoksik, kesan pada anak-anak akan kekal sampai bila-bila. Siapa tahu dalam hatinya, tersimpan seribu luka yang dalam - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 17
Komen

Previous : Lekeh Sangat Ke Kerjaya Dropship, Pilihan Zaman Kini?

Next       : Badan Kurus Sangat? Senarai Makanan Ini Dapat Menggemukkan Anda

Komen Terbaru

Quote Itzy 1-8-2021 07:41 AM
aku paling benci bila mak bapak pilih kasih. Selama ni aku ingat mak bapak melayu je camtu, omputih pun berlambak tau.

Lain-lain Komen

Quote Ayda89 30-7-2021 01:26 PM
Teringat pulak dulu selalu kelentong kata nak beli buku kat mak ayah sebenarnya nak beli benda lain yang tau klu mintak takkan dapat. Jahat nya aku haha
Quote MFR_IN 30-7-2021 01:32 PM
Apa benda yg cuba hendak di sampaikan?
Quote mamajawie 30-7-2021 02:36 PM
artikel apekah ini?????????????????

Quote gadis.pena 30-7-2021 02:54 PM
MFR_IN replied at 30-7-2021 01:32 PM
Apa benda yg cuba hendak di sampaikan?

Hargai anak-anak
Quote yebit157 30-7-2021 03:06 PM
macam husband i la. sampai sekarang dia tak boleh lupa apa yang ayah dia layan dia dulu.
Quote gorjeous 30-7-2021 03:25 PM
Ramai je ibu bapa yg toksik.
Quote nakkomenjugak 30-7-2021 03:57 PM
mak abah aku lebihkan abang aku sampai dia tak reti jadik lelaki. tak reti independent. segala benda tak reti. macam baik ko mati je, hidop takde function. tu toksik ke camne?
Quote che-cikL 30-7-2021 04:06 PM
Apa yang tularnya TT?
Wartawan Cari in the making ke ni?
Quote KIM.K 30-7-2021 04:40 PM
nakkomenjugak: mak abah aku lebihkan abang aku sampai dia tak reti jadik lelaki. tak reti independent. segala benda tak reti. macam baik ko mati je, hidop takde func ...


Tetiba mati muda abang ko. Dapat kat seken abang yg taksabor sikit
Quote KIM.K 30-7-2021 04:43 PM
Parent toxic ni pun belajar juga penderitaan bila diorg tua. Sama ada terlambat atau sempat.
Semua orang kena willing nak berubah. Nangis lama sikit atau cepat2 selesaikan apa yg patut
Quote Zirara99 30-7-2021 05:31 PM
che-cikL replied at 30-7-2021 04:06 PM
Apa yang tularnya TT?
Wartawan Cari in the making ke ni?

Dia beginner kan. Bgtau dia artikel mcm ni patut letak kt bod mana.
Quote Artemesiaa 30-7-2021 05:55 PM
gorjeous replied at 30-7-2021 03:25 PM
Ramai je ibu bapa yg toksik.

Ada benarnya zaman sekarang ni
Quote manjalara_01 30-7-2021 06:02 PM
Quote husie91 30-7-2021 07:14 PM
Aku ingat aku je rasa wat de hekkk artikel ni??? Macam pukul anak sindir menantu dahhh.. apa yang dia cuba nak sampaikannnnn????
Quote husie91 30-7-2021 07:15 PM
che-cikL: Apa yang tularnya TT? Wartawan Cari in the making ke ni?


Tah tah dia yang penuliz toksik.. ramai je sekarang ngata orang toksik tapi tak sedar diri semdiri toksikkk
Quote azirahs007 31-7-2021 04:11 PM
Tak paham artikel ni. Tapi kalau setakat kurang kasih sayang. Ibubapa pilih kasih. Ibubapa merendahkan keupayaan kita.. Kau sabar je lah dik..

Kau belum jumpa ibubapa yg jahanam lagi.
Yang cabul anak.
Yang dera anak.
Yang mintak duit anak

Setakat mak bapak kau suruh ko belajar kau belajar je lah rajin2
Quote Itzy 1-8-2021 07:41 AM
aku paling benci bila mak bapak pilih kasih. Selama ni aku ingat mak bapak melayu je camtu, omputih pun berlambak tau.

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top