Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Lekeh Sangat Ke Kerjaya Dropship, Pilihan Zaman Kini?

30-7-2021 01:16 PM|Oleh: Gadis pena| Komen: 53

Google.com 

Masa berganti masa. Duit kini menjadi satu benda paling penting untuk semua orang. Apatah lagi hidup pada zaman memerlukan duit bergantung pada kos sama ada murah ataupun mahal. 

Zaman yang serba canggih ini, perniagaan secara dalam talian tidak asing lagi pada masyarakat. Kita boleh menjana pendapatan hanya menggunakan telefon pintar. Meskipun begitu, kita kena berhati-hati membeli barangan secara online. Banyak pekerjaan tanpa memerlukan modal kebiasaannya dipanggil  dropship. Dengar macam senang. Semua kerjaya ada cabaran dan pahitnya dalam menghadapi cabaran dunia berduit.


Anak-anak muda juga tidak terlepas bekerja sebagai dropship. Mungkin ada yang masih belum tahu apakah maksud dropship. Ia  satu pekerjaan mempromosikan sesuatu jenama atau produk sesebuah syarikat menerusi media sosial. Jika kita dapat seorang pembeli, kita akan menerima bayaran berbentuk komisyen.


Kita perlu berusaha lebih untuk mencari pembeli bagi mendapatkan keuntungan yang lebih. Di samping tidak perlu keluar rumah, dropship boleh dibuat di mana dan bila-bila saja kita nak Selebihnya, boleh meluangkan masa bersama-sama keluarga terutama dalam situasi pandemik mengganas seperti hari ini.


Kerjaya dropship ; pilihan zaman kini
Instagram : aisyah.mamasabjohor


Bolehkah dropship dipandang tinggi seperti pekerjaan sebagai doktor dan jurutera? Tidak. Ini kerana ia tergolong dalam bidang Sastera. Malah, ada orang pandang rendah pada kerjaya Dropship sebab tiada pendapatan tetap, berbanding gaji tetap doktor yang beribu-ribu ringgit itu. Sesetengah masyarakat beranggapan bidang Sastera tiada masa depan yang bagus berbanding  bidang Sains yang selalu dipuji. Pendapat penulis, kedua-dua bidang ini ada kelebihan tersendiri. Masing-masing ada pendapat berbeza kan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 53
Komen

Previous : 5 Rumah Pereka Fesyen Malaysia Yang Cantik-cantik!

Next       : Perodua Ativa dilancar! Ini perkara anda wajib tahu

Komen Terbaru

Quote Whitepinkrider 6-8-2021 12:30 PM
ramai je dropship yg make money from this.. lg yg buat more than 1 tu. 1 bisnes ko dropship dpt singgit.. kalau ko promote sehari 10, dpt lak 10/dropship sehari. ok la. enough to survive ms pendamic ni kan

Lain-lain Komen

Quote nadddy 30-7-2021 01:22 PM
I sokong je.. semoga ada pilihan untuk anak2 muda
Quote 266799eMkaY 30-7-2021 01:24 PM
Janji punca dan hasil pendapatan tu halal. Dan dapat teruskan hidup di aqhir zaman nie.
Quote Ayda89 30-7-2021 01:29 PM
Kalau dropship makanan i sokong je. Tapi dropship produk timbang kilo i takkan support
Quote auntyonion 30-7-2021 01:46 PM
Janji xkacau hidup org, pedulik la org ckp apa wai boder wai boder gitchewww {:hooray
Quote RaraLavenda 30-7-2021 01:56 PM
Asalkan dari sumber yg halal. Dropship kosmetik timbg kilo a big no.
Quote Matchamana 30-7-2021 02:10 PM
Dropship ok jer. Janji jual brg yg x membawa mudarat.
Quote vee_zara 30-7-2021 02:11 PM
I rasa macam cute je kerja dropship ni. I suka baca kawan2 i post kat fb psl post barang, pasal update tracking number.
Quote margo20 30-7-2021 02:22 PM
ok je kerja ni
teringin nak join
tapi takde kesempatan lg
Quote mamajawie 30-7-2021 02:36 PM
benang pasal DS mamasabun iollss seru penaung mamasabun aka @dudaberhias
Quote Olumis 30-7-2021 02:45 PM
Best apa jadi dropship
Quote Nana_Man 30-7-2021 02:58 PM
RaraLavenda replied at 30-7-2021 01:56 PM
Asalkan dari sumber yg halal. Dropship kosmetik timbg kilo a big no.

Brand nurraysa tu timbang kilo jgk tak? I ada kwn2 yg suruh jd dropship dorang.
Quote Nana_Man 30-7-2021 03:00 PM
I suka tgk org buat dropship ni. Lagi2 makanan. Cuma kadang harga2 nye mahal.
Quote yebit157 30-7-2021 03:00 PM
tak kisah la kerja apa, janji halal
Quote RaraLavenda 30-7-2021 03:13 PM
Nana_Man replied at 30-7-2021 02:58 PM
Brand nurraysa tu timbang kilo jgk tak? I ada kwn2 yg suruh jd dropship dorang.

Entahlah nak ckp timbg kilo ke x I pun x tahu. I x pernah beli, guna n jual pun. Cuba u cek dkt NPRA.
Quote nakkomenjugak 30-7-2021 03:49 PM
laaa apa hal nya? asalkan duit dari sumber halal
Quote che-cikL 30-7-2021 04:08 PM
Laaa... Baru tahu, buat dropship ni bidang sastera? Gitewww hahahah...



Quote Meiizu 30-7-2021 04:19 PM
Edited by Meiizu at 30-7-2021 04:22 PM

aku tak pandang rendah ....keje dropship sesuai utk pendapatan sampingan .
kalau boleh biarlah ada keje hakiki
mcm aku ada gak bagi modal sikit kat adik bayar yuran penyertaan (kalau kena )
komisen diorang pun kecik je 5% , 10%
depends gak la
tapi
mohon sangat kita yg dewasa ni JANGAN membudayakan kpd youngster pasal duit semata
kalau boleh belajar pandai2 apo kan bagus jadi CEO, CFO , UFO doktor, lawyer,
Quote MissyMolly 30-7-2021 04:30 PM
Asalkan boleh memberi rejeki.. apa salahnyeh. Tak yah belajau ponek2 deqqqq masyuk gak hohoohooo yg belajau sesusah ni bkn semua dpt kerjaya idaman
Quote Lagubestbest 30-7-2021 04:35 PM
Edited by Lagubestbest at 30-7-2021 04:38 PM

Tengok circle you la, kalau circle u jenis makan gaji semua mmg title kerja tu penting n takdenye nak tolong (entry tu kena degree bagai kan?) apa2 selain belanja pizza ke kfc ke tealife sekali sekala. Tapi kalau circle u semua business, takdenye diorang nak kutuk kalau jujur adik2 nak mula bisnes diorang akan hulur sikit2 bagi jadi, takpun buli adik2 bagi hutang paksa buat bisnes nanti bila untung pandaila diorang share.

Dua2 cara hidup tak salah. ada masa tak diendah, ada masa dapat puji, ada masa jadi bahan kutukan. Lumrah alam.

Moral. Hidup kerana Allah. Solat jangan tinggal. Mengaji sejam sehari. Jangan buat dosa. Ada timbul rasa bersyukur, share rezeki. Tak perlu buat pertandingan yg tak berfaedah, tak perlu buang masa membawang jugak.

Lihat semua komen(53)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top