Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Hikmah Covid-19, Gajah Dibebaskan Setelah 44 Tahun Diperhambakan

16-4-2020 10:30 AM|Oleh: green_lantern| Komen: 6




Di sebalik musibah Covid-19, terselit hikmah kepada flora dan fauna yang selama ini menjadi mangsa kerakusan manusia. Alam sekitar yang dahulunya tercemar, kini menjadi lebih bersih dan indah seperti sungai Venice, Itali dan sungai Klang.

Namun, ianya tetap tidak dapat melawan kegembiraan orang ramai dengan berita nan satu ini apabila 78 gajah yang bekerja dalam industri pelancongan selama 44 tahun di Thailand akhirnya dibebaskan ke hutan. 



Kredit foto: FB

"Mereka dilepaskan dari rantai besi dan kesemua kerusi belakang dibuka satu persatu. Buat pertama kali setelah 44 tahun, mereka akhirnya dibebaskan."




Perasaan bercampur baur melihat video yang dipaparkan ini. Tatkala kakitangan pengurusan gajah membuka kerusi, lalu membebaskan gajah tersebut antara momen yang sangat mengharukan.


The Sun

Rata-rata warganet gembira dengan berita tersebut, tetapi dalam masa sama bimbang sama ada gajah tersebut boleh hidup di hutan atau pun tidak. 



The Sun turut melaporkan bahawa pihak pengurusan memberi jaminan bahawa mereka tidak lagi menjadikan gajah sebagai tunggangan pelancong. 

Pengarah Kem Gajah Maesa, Anchalee Kalampichit berjanji akan mencari idea baru yang melibatkan gajah dengan pelancong tanpa menyakitkan haiwan itu. 

"Kami mengalu-alukan pelancong belajar mengenai habitat gajah ini secara semula jadi berbanding menghiburkan mereka dengan menjadi tunggangan."


Kredit foto: The Sun

Walaupun tanpa kehadiran pelancong di saat Covid-19 melanda, kem gajah yang terletak di Chiang Mai, Thailand ini tetap dijaga baik oleh mereka.

"Untuk mengendalikan 78 ekor gajah dan 300 kaki tangan kem ini, kami memerlukan 5 juta Thailand bath (RM663,000) sebulan. Agak perit, tapi kami akan memastikan kebajikan semua pihak terjaga. Jadi, kami mula menanam sayur-sayuran untuk dimakan sendiri sebagai cara mengurangkan kos."


Kredit foto: The Sun

Nampaknya, kesemua gajah itu tidak kembali ke hutan seperti dipaparkan poster berkenaan tetapi akan dijaga oleh pihak pengurusan. Semoga akan ada program yang lebih baik di masa akan datang tanpa mencederakan mereka.  - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
3
0
0
Komen: 6
Komen

Previous : Kurangkan Atau Anda Akan Menyesal Seumur Hidup!

Next       : Rindu Famili, Frontliner Tulis Nota Cinta Atas Sut PPE

Komen Terbaru

Quote cik_chili 18-4-2020 10:32 PM
tears of joy ....

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 16-4-2020 11:32 AM
jangan sampai gajah tu naik minyak ROn 95
Quote GigaMom 16-4-2020 01:16 PM
Masa ai muda dan naive pun penah naik gajah ni ketika bercuti ke thai sana
Maaf kan ai gajah
Ai dh insaf...
Quote SecretLuv 16-4-2020 01:18 PM
Alhamdullilah. Gembira dan terharu baca berita ni
Quote qicki 16-4-2020 01:52 PM
yeay....akhirnya berakhit jugak penderitaan si gajah.....
Quote biozipstar 18-4-2020 10:27 PM
aku happy juga baca news ni.... alhamdulillah
Quote cik_chili 18-4-2020 10:32 PM
tears of joy ....

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top