Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Perkahwinan Model Rusia Dan Sultan Kelantan Dikhabarkan Berantakan?

Oleh: Intan|25-1-2019 12:15 PM Komen: 244
Sultan Muhammad dan Oksana Voevodina

Penghujung tahun 2018 yang lalu rakyat Malaysia digemparkan dengan berita perkahwinan secara rahsia di antara bekas Yang Di-pertuan Agong yang ke -16 , Sultan Muhammad ke lima, Sultan Kelantan. Susulan daripada berita itu, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan berita perletakan jawatan sebagai Yang Di-pertuan Agong yang dilakukan secara tiba - tiba. Semalam, Malaysia menerima Agong yang baru iaitu Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah iaitu sultan Pahang yang baru dimahkotakan menggantikan ayahandanya, Sultan Ahmad Shah.



Namun, berlegar pula di media Rusia yang mengatakan perkahwinan Sultan Kelantan tersebut bersama model Moscow, Oksana Voevodina, 25 tahun kini di ambang perceraian. Berita media Moscow juga mengatakan bahawa kedua - dua pasangan tersebut sedang menantikan kehadiran cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.


Khabar angin itu tercetus apabila beberapa media Moscow mengatakan bahawa perkahwinan diraja itu sedang mengalami kesukaran malah beberapa kertas kerja mengenai penceraian telah dilakukan.

Saluran telegram Moscow iaitu Tolko Nikomu memberitahu "The fairy tale about the Russian Cinderella who married a King is like to be over..preparing the necessary documents is already underway. The marriage lasted just a couple of months"

Selain itu, media Rusia Dni.ru menulis "End of fairytale- Russian wife of Malaysian King is sent back to Moscow". Majalah selebriti Starhit Magazine juga menulis mengenai hubungan antara bekas Agong dan ratu cantik Moscow itu kini di ambang perpisahan.

Namun, bapa kepada Oksana, Andrey Gorbantenki, seorang pakar bedah Orthopaedic menepis dakwaan dengan mengatakan "It's nonsense, I do not read the internet but i would have been the first to know". Rakan Oksana juga mengatakan kedua - dua pasangan tersebut berada dalam keadaan 'bahagia' dan mengatakan berita tersebut hanyalah palsu.



Sultan Muhammad dan Oksana , model Moscow itu dikatakan melangsungkan perkahwinan mengikut syariah islam, dengan menghidangkan makanan halal dan tiada alkohol di majlis gilang gemilang mereka pada 22 November yang lalu. Perkahwinan tersebut menjadi kontroversi kerana ianya dilakukan secara tertutup dan rakyat Malaysia tidak mengetahui mengenai berita pernikahan tersebut. Kontroversi tersebut menjadi lebih hangat apabila Sultan Muhammad bertindak untuk meletak jawatan sebagai Agong yang ke - 16 secara drastik.

Apa - apapun, rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk kedua pasangan ini. Jika ini hanyalah khabar angin, boleh tahan juga ya mulut makcik dan pakcik bawang di Rusia ya? -CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 242
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote haruslah 31-1-2019 08:15 AM
babyhubby85 replied at 25-1-2019 01:49 PM
JAGA Jaga... Ada mata2 memerhati... Dia
printscreen pastu tag kat skmm kat polis... Habislaaaaa se ...

Masuk penjarankos makan rm 35-41
Banding dok asrama kos makan rm18 jer
Hahaha

Lain-lain Komen

Quote fushimi 25-1-2019 12:26 PM
acik oks lawa  
Quote skinskin 25-1-2019 12:26 PM
Kalo btul nk bercerai..berapa juta dia nk mintak nihh
Quote minahsenget 25-1-2019 12:29 PM
Aikkkk bukan tgh bahagia ke pregnant pewaris
Quote sinalegna 25-1-2019 12:30 PM
Cash.. selayaknya lah
Quote Thanatus 25-1-2019 12:35 PM
masa kawen, gigih dia leaked kat Russian media outlets.
Kalau bercerai, agaknya habis terlondeh semua cerita

Quote Orix 25-1-2019 12:35 PM
Ha ha ha ha aku ketawa aaa aaaaa...... {:smile
Quote nusaraya 25-1-2019 12:38 PM
Beda capacity..,.Oksana like Ferrari...sebaliknya sang raja bagai proton saga...sehingga x heranlah  selaku TKO di katil.....gadis muda cantik dengan semangat pandangan hidup harus bertarung dengan kakek yang sdh masuk level perjuangan hidup..baru jika Ada ginseng atau ubat kuat..,
Quote fahdramli 25-1-2019 12:39 PM
Nak tunggu dan lihat saja,,, apa nak jadi pulak
Quote NAT_11 25-1-2019 12:41 PM
skinskin replied at 25-1-2019 12:26 PM
Kalo btul nk bercerai..berapa juta dia nk mintak nihh

Betul ke anak Tengku Farish Ismail, Sultan Kelantan.......????
Atau kes anak tumpang macma anak-anak Michael Jacksen.......
Lainlah kalau pembenihan dibuat kat Klinik Hamid Arshad, Malaysia.
Quote abangadek 25-1-2019 12:50 PM
kehhhh kehhhhh tu ja mampu komen, kang komen lelebih ada pulak nak humban iols ke penjara
Quote namr 25-1-2019 12:56 PM
Quote mdhelmi 25-1-2019 12:58 PM
nusaraya replied at 25-1-2019 12:38 PM
Beda capacity..,.Oksana like Ferrari...sebaliknya sang raja bagai proton saga...sehingga x heranlah  ...

hati2 takut ada yg print screen
Quote naina 25-1-2019 01:42 PM
Amboi russia lebih2 plak
Kita yg kat sini pon xde kecoh sangat
Batak jakun rakyat dia dapat kawen royal ke
Fairytale sana cinderella sini..puihhh
Jangan jadi macam manohara sudahla
Quote abangbikerz 25-1-2019 01:45 PM
Cilaka. Patut seluruh bukit aman turun kerussia skang tangkap penghina2 raja melayu ni.
Quote cmf_premierleag 25-1-2019 01:47 PM
alahai acik3 kepam ni
biarlah dia nak cerai pun.dah sah2 dia x dpt jd queen msia..baik berambus jah blk rusia sana.apa masalah acik2 kepam ni sume?
dia kawen korang kecam
dia nak cerai pun korang kecam
apa yg acik2 kepam ni nak tah?? nak tgk oks ni mereput agaknya baru acik2 kepam puas hati
Quote babyhubby85 25-1-2019 01:49 PM
JAGA Jaga... Ada mata2 memerhati... Dia
printscreen pastu tag kat skmm kat polis... Habislaaaaa seumur hidup makan bubur
Quote mieymiey 25-1-2019 01:50 PM
Makcik bawang mana yang create ig si oks tu?
Sendu yach!
Quote sharlenetexas 25-1-2019 01:51 PM
Apaknya kata mana ada nak cerai
Quote sharlenetexas 25-1-2019 01:53 PM
fushimi replied at 25-1-2019 12:26 PM
acik oks lawa

Lawa ke? Mak dia lagi lawa.

Lihat semua komen(244)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.102146s Gzip On
To Top