Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Main Kutu Cara Hipster, Ada Caranya... Dah Tak Perlu Pening Bila Ada Ahli Tak Bayar

11-1-2019 12:49 PM|Oleh: Polluxsstar| Komen: 23

 

Foto: Google

Seorang pengguna twitter bernama Faiz Wahab @faizwahab baru-baru ini telah berkongsi satu teknik pengurusan kewangan yang sangat mengujakan dan rasanya ramai lagi yang tak tahu cara Main Kutu Cara Hipster ini. 


Seperti yang semua orang tahu bermain kutu ini selalunya memerlukan beberapa orang ahli dan kemudian duit yang terkumpul setiap bulan akan diberikan kepada ahli mengikut giliran. 


Tapi cara hipster ini hanya perlu 'bermain sendiri' sahaja tanpa perlu mengumpul beberapa orang ahli untuk menjayakannya.

 

Pengguna twitter tersebut mengatakan yang dia sebenarnya menyukai system kutu ini cuma dia tak suka beberapa risiko dalam kutu: 

1. Ada orang tak bayar

2. Orang pecah amanah

3. Kena cabut undi bila kita nak dapat 


Bagi mengatasi masalah ni, Faiz telah berkongsi tutorial dimana ada satu features yang cool di Maybank2u. Jadi pengguna Maybank2u boleh lah mencubanya selepas ini ya.

Memang superb! Caranya adalah menggunakan Goal Saving Plan dalam Maybank2u.


Setakat ini katanya kita perlu menggunakan di laman web Maybank2u memandangkan di apalikasi telefon belum lagi tersedia. 


Bagi tutorial ni Faiz telah buat untuk kutu tabung korban. Dia menjangkakan bulan 7 nanti dah penuh tabungannya.


Ini caranya:

  

Lepas login Maybank2u, terus tekan pada create goal + 



Satu menu akan muncul pada skrin

 

 

Isi butiran macam mana yang anda mahu. Untuk tabung korban Faiz, dia buat untuk 7 bulan sahaja.

 

Lepas tu akan muncul di skrin untuk comfirmation. Semak balik dan pastikan semuanya betul.


Tekan sahaja comfirm bila semua maklumat yang diisi adalah betul.


Dah siap tabung kutu korban anda.

 

 

Kalau anda nak buat tabung untuk raya ke, tabung travel atau tabung nak buat suprise birthday semuanya boleh. 


Tak perlu pening dan risau, nak hadap semua dengan ahli-ahli kutu yang bermacam ragam.


Kalau nak buat tabung untuk road tax dengan insurans/takaful kereta pun boleh. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 23
Komen

Previous : Nota Misteri Di Rumahnya, Pemuda Sangka 'Stalker' Ceroboh Kediamannya, Rupanya..

Next       : Venue Olimpik Rio 2016 Kini Terbengkalai, Lihatlah Gambar Berikut!

Komen Terbaru

Quote danieladam 15-1-2019 08:31 PM
Iols rasa sebenarnya org yg main kutu ramai2 ni sbb nak advance. Org nombo satu, dua , tiga tu senang2 dapat advance kalo nak beli sesuatu.

Kalo main kutu pakai apps macam ni, baik ko transfer duit g asb, dapat gak dividen. Lg untung. Tahun dpn dapat dividen, klua lah.

Still iols rasa org main kutu tradiosional lebih kepada nak advance.

Lain-lain Komen

Quote MsKathryn 11-1-2019 01:03 PM
Aritu dh ada forummers share tips ni..
Quote auntyaya 11-1-2019 01:33 PM
mana nak click // goal +// tu ?
Quote moonbug 11-1-2019 01:48 PM
Curious nak tahu macam mana main kutu sorang-sorang Rupanya nama je fancy, dah jenuh orang dok buat dah cara ni
Quote kucingitam 11-1-2019 02:30 PM
ni dia auto dedecut dari acc kita ke?
Quote CiliPadiSedap 11-1-2019 02:33 PM
kutu ni kena pest control x?
Quote talapia 11-1-2019 02:40 PM
Thanx for the tips! Aku baru je buat ni ha utk aim korban raya tahun ni. Alhamdulillah ada cara ni xdela TERguna je kan duitnya
Quote makton 11-1-2019 03:28 PM
so far aku dah buat 3 goals utk tempoh 1tahun ni. harap2 sempat sampai ke hujung masa.
Quote VirginLady 11-1-2019 05:19 PM
MAYBANK JE KAN?
Quote missinpiece 11-1-2019 10:30 PM
Iols still x paham benda ni auto deduct ke kena masukkan sendiri. Kalau auto mmg vass la idea tu. Then boleh keluar half way ke
Quote che-cikL 11-1-2019 10:42 PM
Ya, auto deduct.

Bila dah sampai tarikh akhir goal tu, duit tu pindah masuk balik dlm saving account yg asal tu.

Kalau katakan nak stop, for any reason, just click cancel sahaja. Nanti duit yg dah terkumpul tu akan pindah masuk saving account juga.
Quote lumie 12-1-2019 12:22 AM
Dh few times jgk kn org share psl ni...
Quote Sang_Pencinta 12-1-2019 07:09 AM
Main kutu sorang sorang ni, deduct duit sendiri on hold

Macam mana nak selesaikan amsalah dia atas tu?
Quote mawar_pink 12-1-2019 08:47 AM
maybank je ke?bank lain xleh?
Quote EncikRhoma 13-1-2019 11:40 AM
aku tak paham mentaliti org yg main kutu ni. Daripda main kutu, baik simpan asb bulanan. Ada jugak dividen
Quote b_n_c 13-1-2019 01:18 PM
dia tolak tiap2 bln ke camna?

Quote chentadearhati 13-1-2019 08:50 PM
Edited by chentadearhati at 13-1-2019 08:53 PM
b_n_c replied at 13-1-2019 01:18 PM
dia tolak tiap2 bln ke camna?


Ya...Kita yg settings Sendiri berapa Hari bln NK deduct . Mcm ak buat..pilih tarikh dpt gaji..sonang...Ada duit..terus tolak...setiap bln smpi tarikh akhir goal  Kita .
Quote chentadearhati 13-1-2019 08:52 PM
EncikRhoma replied at 13-1-2019 11:40 AM
aku tak paham mentaliti org yg main kutu ni. Daripda main kutu, baik simpan asb bulanan. Ada jugak d ...

Kutu utk short term Saja...mcm ak..duit kutu khas utk renew insurance shj..
Quote chentadearhati 13-1-2019 08:52 PM
mawar_pink replied at 12-1-2019 08:47 AM
maybank je ke?bank lain xleh?

Setakat ini...Maybank shj
Quote mawar_pink 13-1-2019 09:54 PM
chentadearhati replied at 13-1-2019 08:52 PM
Setakat ini...Maybank shj

oo...ok..tq

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.050499s Gzip On
    To Top