Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tiada Koyakan, Tiada Jahitan! - Ini Tip Elak Koyakan Perineum Sewaktu Bersalin

25-9-2018 03:38 PM|Oleh: Feena Zain| Komen: 4



Wanita yang hamil semestinya mengimpikan kelahiran yang mudah dan tidak menyakitkan. Ada antara mereka mengalami trauma bersalin disebabkan koyakan perineum yang mengakibatkan kesukaran untuk menjaga kawasan berkenaan semasa berpantang. 

Proses kelahiran secara normal tanpa sebarang koyakan adalah suatu yang tidak mustahil berlaku sekiranya beberapa langkah atau persediaan dilakukan sebelum bersalin. Antara tip untuk mengelakkan koyakan perineum adalah seperti berikut,

1) Urutan perineum apabila kandungan sudah mencapai 32 minggu ke atas
- Pastikan kuku anda bersih dan siap dipotong sebelum melakukan urutan perineum
- Gunakan minyak yang bersesuaian seperti minyak kelapa dara, ataupun minyak zaitun
- Basahkan jari dengan minyak tersebut dan buat urutan berbentuk "U" dengan menekan sedikit dinding vagina sehingga anda dapat merasakan sedikit sensasi.
- Lakukan urutan selama beberapa minit dengan hati-hati untuk elakkan sebarang kecederaan.

2) Minum minyak kelapa dara/minyak zaitun
- Amalkan meminum minyak kelapa dara bagi memudahkan proses bersalin terutamanya apabila kandungan memasuki trimester akhir.

Foto: aawsat.com

3) Kerap bersama suami
- Seelok-eloknya kerap bersama suami tatkala kandungan sudah memasuki trimester akhir supaya dinding vagina lebih fleksibel dan elastik

4) Teknik pernafasan yang betul
- Pastikan anda pelajari teknik pernafasan yang betul supaya proses bersalin menjadi lebih mudah. Dengan mengamalkan teknik pernafasan yang betul, ia membantu mengurangkan risiko koyakan perineum sewaktu bersalin. Tarik nafas dalam kiraan 4, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan nafas lebih panjang daripada tarikan nafas adalah lebih baik. Kekalkan ritma pernafasan ini. 

5) Posisi bersalin
- Rapatkan dagu ke bahagian dada, mata fokus memandang perut, tangan pegang pergelangan kaki dan mula teran apabila disuruh oleh doktor/jururawat.
- Elakkan mengangkat punggung ketika meneran.

6) Selitkan menu seperti petola dan bendi dalam diet harian. 
- Sayur yang berlendir dapat membantu dalam proses bersalin.

Semoga tip yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu proses kelahiran anda tanpa sebarang koyakan dan jahitan! Selamat mencuba! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 4
Komen

Previous : Tidak Suka Durian? Cuba Keenakan Buah Tarap, Khasiatnya Dibuktikan Kajian Saintifik

Next       : Bukan Lupa Tapi Tak Ingat, Kenapa Kita Boleh Lupa PIN Atau Nama Anak Sendiri?

Komen Terbaru

Quote Shazainumi 25-9-2018 09:01 PM
spankee_fili: Gynae ai cakap jangan bersama suami kat trimester 3 sebab nanti terberanak awal..
ni antara perkongsian dari seorang pakar puan iaitu gynae kepada seorang sahabat saya... antara tips mudah bersalin, kerap bersama suami apabila kandungan sudah 35 minggu ke atas... apabila bersama suami, hormon oxytoxin akan dirembeskan... rahim akan mengecut tapi tidak bermaksud kita akan terberanak awal... sama juga kalau kita makan nenas (sebagai natural inducer) kita tidak akan terberanak terus lepas makan nenas itu bukan? faktor2 ini sebagai natural inducer saja yang akan bantu rahim menjalankan tugasnya dengan lebih baik sewaktu saat kelahiran sebenar akan tiba... kelahiran akan jadi lebih mudah...

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 25-9-2018 06:01 PM
Tt kena bagitau tips ni dari bidan ke bomoh ke petua turun temurun ke atau doktor perubatan
Quote spankee_fili 25-9-2018 06:20 PM
Gynae ai cakap jangan bersama suami kat trimester 3 sebab nanti terberanak awal..
Quote Sang_Pencinta 25-9-2018 06:35 PM
spankee_fili: Gynae ai cakap jangan bersama suami kat trimester 3 sebab nanti terberanak awal..



Itulah

Takut salah info, mudarat
Quote Shazainumi 25-9-2018 09:01 PM
spankee_fili: Gynae ai cakap jangan bersama suami kat trimester 3 sebab nanti terberanak awal..
ni antara perkongsian dari seorang pakar puan iaitu gynae kepada seorang sahabat saya... antara tips mudah bersalin, kerap bersama suami apabila kandungan sudah 35 minggu ke atas... apabila bersama suami, hormon oxytoxin akan dirembeskan... rahim akan mengecut tapi tidak bermaksud kita akan terberanak awal... sama juga kalau kita makan nenas (sebagai natural inducer) kita tidak akan terberanak terus lepas makan nenas itu bukan? faktor2 ini sebagai natural inducer saja yang akan bantu rahim menjalankan tugasnya dengan lebih baik sewaktu saat kelahiran sebenar akan tiba... kelahiran akan jadi lebih mudah...

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.051212s Gzip On
    To Top