Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cuba Melacur, Janda Anak Satu Berdepan Hukuman Sebat

24-9-2018 11:10 AM Komen: 52
Seorang janda anak satu berusia 30 tahun berdepan hukuman sebat selepas mengaku di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu cuba melacurkan diri untuk menyara anak.

Sinar Harian melaporkan, tertuduh berasal dari Selangor itu kantoi berdua-duaan dengan seorang lelaki dipercayai pelanggannya dalam serbuan dilakukan di sebuah bilik di Hotel Felda Residence, kira-kira jam 11.45 malam pada 17 September.


Kredit foto: Sinar Harian

Difahamkan, wanita berkenaan yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan menerima tempahan pelanggan menerusi aplikasi WeChat.

Menurut laporan, janda terbabit didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun merayu diringankan hukuman dengan alasan terdesak dan terpaksa mencari rezeki dengan melacurkan diri demi menyara anak tunggalnya berusia tujuh tahun sejak berpisah kerana bekas suami tidak mempedulikan mereka.

Difahamkan, salah seorang kakaknya menjaga anaknya buat sementara waktu.

Dikatakan, ketika ditangkap, wanita terbabit mendakwa dia tidak mempunyai wang selain RM100 yang diterimanya sebagai upah daripada pelanggan.

Hakim Syarie, Rosdi Harun menetapkan 27 September sebagai tarikh jatuh hukuman kes yang dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Kahzmizan Abdullah. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
19
Marah
17
Terkejut
19
Sedih
30
Lawak
9
Bosan
12
0
0
Komen: 52
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote gigahertz 25-9-2018 10:16 PM
jazaa100 replied at 23-9-2018 03:02 PM
Kau gi kerja kilang pun berlambak kat PJ tu....tak payah gi jauh sampai trengganu semata mata nak me ...

pelacuran gaji cash. kerja kilang keje dulu. gaji hujung bulan.kebanyakkan yang buat bende haram.ni dia taahu bende tu haram.

Lain-lain Komen

Quote miznora 23-9-2018 10:25 PM
laa.. ko hantar duit hasil keje camtu ke utk bg anak ko makan
Quote Decaffeinated 23-9-2018 10:34 PM
minyak pelincir?

itu KY Jelly la. It is water based. Gila ko nak guna minyak pelincir nak suruh cair condom gentah tu....

Quote faint_heart 23-9-2018 10:38 PM
100 je tak berbaloii
Quote zull4rs 23-9-2018 10:49 PM
Elok disebat dikhalayak ramai... bukan shj undang2 shariah, undang2 sivil pun termaktub perbuatan melacur/persundalan tu SALAH
Quote PEPPERMAN 23-9-2018 10:59 PM
hukuman yang kejam.
sepatutnya dia diberi pendidikan.
Quote noraidil_06 23-9-2018 11:02 PM
Kesiannya lahai
Quote jazaa100 23-9-2018 11:02 PM
Kau gi kerja kilang pun berlambak kat PJ tu....tak payah gi jauh sampai trengganu semata mata nak mengangkang....

Klu betul nk mengangkang, kat klang pun ramai bangla nepal & mynmar yg layan kau.....
Quote ninja boy 23-9-2018 11:03 PM
Edited by ninja boy at 23-9-2018 11:05 PM

Mana bapaknya tak bagi Wang Sara anak sampai Bini kena lacur. Mana bantuan2 utk ibu tunggal
Quote tom2 23-9-2018 11:03 PM
pelanggan tu x kena ke? sama2 sedap sorang je kena
Quote zull4rs 23-9-2018 11:03 PM
PEPPERMAN replied at 23-9-2018 10:59 PM
hukuman yang kejam.
sepatutnya dia diberi pendidikan.

Tak kejam pun, lebih kpd mendidik. Dah tengok mcm mana hukuman sebat syariah?
Quote MarryPottet 23-9-2018 11:13 PM
Edited by MarryPottet at 23-9-2018 11:17 PM

hat jantannya awat tak kena hukum sama? gender discrimination nampak! atau beliau non muslim?
Quote Foxey 23-9-2018 11:45 PM
Kesian pun ada, tak faham pun ada. Kesian sebab kita pun tak tahu keadaan sebenar dia sehingga dia memilih untuk buat kerja ni. Tak faham sebab boleh je buat keje lain untuk dapatkan duit like jual nasi lemak ke, kuih ke.
Quote batmana 24-9-2018 12:17 AM
Tgkla org bawah.

Ade pnah nmpk pmpn down sydrome keje kt kdai makan..skali pn dia OKU,tapi dia tk melacur cm ibu tunggal yg org normal bagai... memalukan aja..ada otak letak kat mana?
Quote clarizsa 24-9-2018 12:19 AM
Kesiannya smpai tpksa melacur
Mana bapak anaknya tak bg nafkah ke

Harap ada yg bantu dia dptkan pekerjaan yg elok lepas ni

X perlula melacur
Nanti sakit kemaluan tu bru tau nyesal
Quote prettyuglybabe 24-9-2018 12:39 AM
dia melacur pun tu badan dia..
tak menyusahkan orang lain pun..
dari sibuk nak sebat dia, baik sebat jantan yang tabur benih tapi tak bagi nafkah tu..
Quote Orix 24-9-2018 01:09 AM
prettyuglybabe replied at 24-9-2018 12:39 AM
dia melacur pun tu badan dia..
tak menyusahkan orang lain pun..
dari sibuk nak sebat dia, baik seb ...

Agreed sesangat.
Quote eyansss 24-9-2018 01:44 AM
MarryPottet replied at 23-9-2018 11:13 PM
hat jantannya awat tak kena hukum sama? gender discrimination nampak! atau beliau non muslim?

nak tau menda yang sama jugak... sebab selalu sangat perempuan je kena... lelaki bebas bergentayangan... same goes to buang baby... si ibu je yang kena padahal penyumbang benih tu la yang kena heret awal2 lagi...
Quote tom2 24-9-2018 08:32 AM
prettyuglybabe replied at 24-9-2018 12:39 AM
dia melacur pun tu badan dia..
tak menyusahkan orang lain pun..
dari sibuk nak sebat dia, baik seb ...

setuju sangat. kita ni asyik nak focus kan sebat dekat salah orng tu. cuba sebat orang yg buat salah kat org lain.
Quote sinalegna 24-9-2018 08:38 AM
Sebat syariah bukan sakit pon.. silap2 depa dok gelak uishh pasni boleh buat lagi takde hal la, mcm slap on the wrist je

Lihat semua komen(52)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top