Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Klasik Sangat! Umbut Kelapa Masak Lemak Pedas Menyengat

24-9-2018 12:03 PM|Oleh: Faizal| Komen: 8

Buat penggemar masakan kampung, mesti anda tahu menu yang berasaskan umbut kelapa. Umbut kelapa merupakan pangkal pucuk kelapa yang belum berkembang di puncak pokok. Biasanya umbut kelapa diambil jika sebatang pokok kelapa itu ditebang.

Sebenarnya banyak menu yang boleh dibuat dengan menggunakan umbut kelapa. Tetapi yang paling popular ialah umbut masak lemak. 

Jom cuba resipi umbut kelapa masak lemak pedas menyengat ni.


Bahan-bahan:

Umbut kelapa (potong mengikut saiz yang disukai dan bersihkan)
1 labu bawang merah (ditumbuk)
2-3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)
8-10 biji cili api (ditumbuk)
Sedikit bilis atau udang kering (ditumbuk)
Sedikit belacan (ditumbuk)
1 kotak santan
Sedikit serbuk kunyit dan garam


Cara memasak

Celur umbut yang telah dipotong. Letakkan semula dalam periuk dan tambahkan santan, bahan-bahan yang ditumbuk dan sedikit serbuk kunyit. Hidupkan api.

Bila sudah mendidih, tambahkan garam dan serbuk perasa jika perlu.

Belahkan cili besar dan masukkan ke dalam periuk untuk hiasan.

Sedia untuk dinikmati.


Mudah je kan? Selamat mencuba. -  CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
12
Marah
23
Terkejut
24
Sedih
9
Lawak
17
Bosan
11
0
0
Komen: 8
Komen

Previous : SpaceX Milik Elon Musk Bakal Tunai Impian Billionaire Jepun Jadi Pelancong Pertama Ke Bulan

Next       : Model Peraga Pakaian Dengan Tiga Payudara Di Minggu Fesyen Milan!

Komen Terbaru

Quote twinkleboo 11-4-2019 02:37 PM
Sedapnya. Boleh try

Lain-lain Komen

Quote riyadhK 24-9-2018 03:41 PM
Sedapnya
Quote Mina2215 24-9-2018 04:13 PM
Sedap nihh. Lama tak makan sayur ni. {:love
Quote RatuDunia94 24-9-2018 06:40 PM
Dulu masa kecik suka makan lauk ni.. dulu rumah  parents banyak pokok kelapa. Tp tiap tahun mesti kena tebang..
Quote dewi_rina 25-9-2018 09:10 AM
Sedap nyaaaaaa

Makn dgn ikan sepat masin

Heaven
Quote shaxa 25-9-2018 08:14 PM
Makan dengan nasik panas, ikan goreng {:cryrun
Quote Laylamajnun123 25-9-2018 09:25 PM
Sedapnya. Boleh try
Quote tikusmontok 26-9-2018 10:44 AM
sedap masak lemak cili api dengan udang
Quote twinkleboo 11-4-2019 02:37 PM
Sedapnya. Boleh try

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top