Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Terlampau Kejam! Kes-Kes Pembunuhan Yang Paling Kontroversi, Rakyat Malaysia Tak Mungkin Lupakan

25-9-2018 12:02 PM|Oleh: Ferr_Remy| Komen: 49

Meskipun negara kita dilabel sebagai di antara negara yang paling selamat di dunia dan juga di tangga ke 29 untuk negara yang paling aman, kes-kes jenayah masih lagi berleluasa di seluruh negara. Pelbagai kes dan insiden yang dilaporkan saban tahun seringkali menarik perhatian masyarakat terutamanya yang melibatkan kes jenayah berat. Berikut merupakan di antara kes yang paling kontroversi dan terhangat pernah dilaporkan di Malaysia.

CEO Cradle Fund - Nazrin Hassan

Foto: Carian Internet
Kes jenayah yang baru sahaja berlaku ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan menjadi buah mulut masyarakat di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan maut dalam kebakaran tanggal 14 Jun yang lalu dan kes ini telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sebelum ini, Nazrin dikatakan maut akibat insiden letupan telefon bimbitnya yang dicas dan diletakkan di sebelahnya sewaktu beliau tidur. Laporan forensik mengesahkan sebaliknya, di mana terdapat kesan petrol pada tubuh, katil, tilam dan telefon bimbit mangsa. Keadaan menjadi lebih hangat apabila pihak media melaporkan mengenai penahanan isteri serta bekas suaminya bersama dua lagi anak tirinya bagi membantu siasatan. Kes ini masih berjalan dan belum menemui penyelesaian ketika artikel ini ditulis.


Datuk Sosilawati Lawiya

Foto: Carian Internet
Sebelum Dato' Vida bertakhta di hati rakyat Malaysia, Datuk Sosilawati Lawiya terlebih dahulu menempa nama di atas kejayaannya sebagai usahawan wanita yang berjaya di Malaysia. Wajahnya tidak pernah lekang di dada akhbar mahupun di kaca televisyen rakyat Malaysia. Pada 30 Ogos 2010, jutawan kosmetik ini bersama pemandunya, peguam peribadi dan seorang pegawai bank dilaporkan hilang selepas ke Banting untuk urusan jual beli tanah. Kes ini menggemparkan masyarakat di seluruh negara dan mendapat liputan meluas media kerana pembunuhan ngeri yang dilaporkan. Mereka telah dibunuh dengan kejam dak kemudiannya dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalam sungai. Hukuman mati telah dijatuhkan kepada bekas peguam Sosila dan dua pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik itu.


Aminul Rashid

Foto: Carian Internet
Seorang pelajar dari Shah Alam, Selangor telah ditembak mati oleh anggota Polis Diraja Malaysia semasa melarikan diri daripada sebuah kereta yang dilanggarnya. Ia menjadi bahan berita paling hangat ketika itu, pada tahun 2010, sehingga mendorong Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan pasukan khas untuk membuat siasatan. Pelbagai spekulasi dan telahan yang dibuat masyarakat sehingga ada yang mengaibkan pihak berkuasa dan juga keluarga kepada mangsa ketika itu. Masyarakat rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tuduhan "penjenayah" yang dituduh terhadap Aminul yang hanya berusia 16 tahun ketika itu, apatah lagi telah ditembak mati oleh pihak berkuasa.


Noritta Samsudin

Foto: Carian Internet
Model sambilan kelahiran Perlis yang juga eksekutif akaun untuk sebuah syarikat swasta ini telah dibunuh dengan kejam di sebuah kondominium yang terletak di Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mayatnya ditemui di dalam keadaan bogel di mana kedua-dua tangan serta kakinya dikatakan telah diikat. Lebih mengaibkan, melalui laporan autopsi pihak forensik pula menemui takungan air mani yang banyak di bahagian sulitnya. Pelbagai teori, spekulasi dan kenyataan yang dibuat netizen saban hari berdasarkan laporan media mengenai kehidupan peribadi Noritta, tetapi pembunuhnya masih tidak diketahui sehinggalah ke hari ini.

Canny Ong

Foto: Carian Internet
Canny Ong merupakan rakyat Malaysia kelahiran Ipoh dan bekerja sebagai penganalisis IT di Amerika Syarikat. Dia pulang ke Malaysia bersama suaminya untuk menziarahi bapanya yang sakit. Sehari sebelum berangkat pulang ke Amerika, belau telah diculik di sebuah pusat membeli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003. Mayatnya ditemui di dalam keadaan hangus di sebuah lubang pembentungan. Pihak forensik menemui kondom terpakai manakala kesan air mani pula telah ditemui pada darah Canny yang menjadi bahan bukti utama untuk mensabitkan pesalah dengan tuduhan merogol dan membunuh. Pembunuhnya, Ahmad Najib Aris telah ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung pada tahun 2016. Kes ini menjadi di antara 10 kes di mana persidangannya merupakan antara yang terpanjang di dalam sejarah Malaysia.


Nurin Jazlin Jazimin

Foto: Carian Internet
Siapa yang boleh melupakan wajah comel anak kecil ini? Kes Nurin Jazlin Jazimin merupakan di antara kes paling hangat dibualkan orang ramai di negara ini. Nurin dikatakan hilang selepas pergi ke pasar malam seorang diri pada tarikh 20 Ogos 2007. Mayatnya dijumpai di dalam beg pakaian dalam keadaan berbogel tetapi dinafikan mayat tersebut adalah Nurin oleh keluarga mereka. Ujian DNA dilakukan dan telah mengesahkan mayat tersebut merupakan mayat Nurin. Hasil bedah siasat mendapati mayat Nurin Jazlin telah didera secara seksual menggunakan timun dan terung yang mengakibatkan beberapa bahagian badannya telah terkoyak dan dijangkiti kuman. Lelaki yang telah meletakkan beg pakaian berisi mayat Nurin masih belum dikenal pasti dan pembunuhnya masih bebas sehinggalah ke hari ini.


Altantuya Shaariibu

Foto: Carian Internet
Tahun 2006 menyaksikan kes pembunuhan yang sangat dasyat di Malaysia apabila negara digemparkan dengan pembunuhan model jelita kelahiran Mongolia bernama Altantuya Shaariibu yang telah dibunuh menggunakan bahan letupan C4 (untuk meletupkan bangunan) di dalam sebuah hutan di Puncak Alam, Selangor. Kes ini merupakan di antara kes pembunuhan yang berprofil tinggi kerana melibatkan pembantu peribadi kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. Altantuya bukan sahaja di bom, malah beliau turut ditembak sebanyak dua kali sebelum mayatnya dihapuskan menggunakan bahan letupan tersebut. Penglibatan beberapa tokoh politik ternama juga mengakibatkan kes ini cukup hangat diperkatakan orang ramai. Kes pembunuhan Altantuya telah menimbulkan tanda tanya sehinggalah hari ini seterusnya menjadikan kes pembunuhan Altantuya sebagai kes yang paling kontroversi di Malaysia setakat ini.

Datuk Mazlan Idris

Foto: Carian Internet
Siapa yang boleh lupa dengan kes pembunuhan paling kejam sepanjang masa yang membabitkan ilmu hitam ini? Bekas ADUN Batu Talam , Datuk Mazlan Idris telah dibunuh pada 2 Julai 1993 di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang. Mangsa bukan saja dibunuh, badannya pula telah dikerat kepada 18 bahagian berasingan dan kulit mangsa juga telah dilapah. Maznah Ismail yang juga merupakan seorang dukun dan penyanyi popular (juga dikenali sebagai Mona Fandey), suaminya Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka, Juraimi Hussin telah ditangkap dan dijatuhi hukuman mati. Pembunuhan dipercayai bermotifkan wang. Kes Mona Fandey ini juga merupakan salah satu perbicaraan juri yang terakhir dijalankan di Malaysia. Kes ini telah menjadi inspirasi kepada filem Dukun yang dilakonkan Umie Aida serta banyak lagi drama tempatan yang ditayangkan di negara ini. 


Fuh, ngeri betul pembunuhan-pembunuhan di atas ya? Harap-haraplah kes jenayah dapat dikurangkan di Malaysia. Apa kata anda pula? Adakah Malaysia masih aman? Jangan lupa lontarkan pendapat anda di bawah. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
6
Terkejut
14
Sedih
11
Lawak
5
Bosan
2
Komen: 48
Komen

Previous : Ron 95 Atau Ron 97, Mana Satu Lebih Bagus?

Next       : Nak Tahu Kenapa Kucing Anda Juga Pandai Bercakap Sebab Tuannya...?

Komen Terbaru

Quote ^CUN_GILA~. 28-9-2018 01:43 AM
Edited by ^CUN_GILA~. at 28-9-2018 01:48 AM
RamonaFlower replied at 26-9-2018 11:53 PM
Bdk sekolah i, family mati kena bunuh. Masuk paper and berita tp pembunuhnya masih bebas. Ceritanya, ...


Rumah tu setingkat je.

[attach]400065[/attach]
[attach]400067[/attach]

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/juruteknik-lepas-hukuman-gantung-tuduhan-bunuh-1.255851

Junior pejabat aku ada talian dengan mangsa wanita.  Aku tengah nak lalu jalan ke RPS tu pastu nampak penuh kereta polis sikit punya havoc.  Last2 inilah hasil siasatan.  Korang baik cam si setan laknat ni sebelum jadi menantu hang pulak..

Nama: Shahreal Amir Suhaimi

Lain-lain Komen

Quote zulka 25-9-2018 12:12 PM
kenapa kes Kevin Morais takde dlm list? tak kejam ke masuk dlm tong pastu disimen
Quote zameyla 25-9-2018 12:21 PM
banyak lagi kes-kes pembunuhan kejam kat Malaysia nie..
Yg aku ingat, satu kes tu pembunuh bawa kepala mak/ayah dia naik bas tu...
Quote chazey 25-9-2018 12:27 PM
Banyak la kes kejam dari ni. Kes Rabidin Satir. Budak Cina yang dirogol dan dibunuh kemaluan ditusuk kayu/besi (tak ingat - perogol tak dijumpai). Kes rogol dan bunuh Noor Suzaily. Kes adik Firdaus dibiarkan kebulur sampai tinggal tulang oleh mak sendiri. Eh banyak la.
Quote Themilo 25-9-2018 12:34 PM
chazey replied at 25-9-2018 04:27 AM
Banyak la kes kejam dari ni. Kes Rabidin Satir. Budak Cina yang dirogol dan dibunuh kemaluan ditusuk ...

arwah Suzaily Mokhtar tu merupakan classmate / housemate / bff makcik iols.. banyak gambar-gambar arwah bersama-sama makcik iols masih lagi tersimpan rapi kat rumah keluarga kami..
Quote moonbug 25-9-2018 12:43 PM
Kes Chee Gaik Yap juga. And kes pembunuhan 4 beranak kat Gemencheh oleh anak sendiri, Rasidi yg schizophrenic
Quote chicozinn 25-9-2018 12:47 PM
Themilo replied at 25-9-2018 12:34 PM
arwah Suzaily Mokhtar tu merupakan classmate / housemate / bff makcik iols.. banyak gambar-gambar  ...

takziah buat sahabat makcik chuolllss tu..meollss kenot brain acaner la drebar bas tu snggup rogol + bunuh kawan makcik chuoollss dalam bas..hina tol perangai
Quote mongoose_kidz 25-9-2018 03:32 PM
kes adik farhan pun boleh masuk...
sedihnya ya Allah...
moga ade keadilan utk arwah
Quote minguk 25-9-2018 04:14 PM
siapa sebenarnya yang bunuh noritta?
Quote lasagnaklcc 25-9-2018 04:43 PM
Kes noritta tu mmg pulis2 yg terlibat suspect hanif yg bunuh, based on investigation diorg la kan. Frust diorg bila tuduhan gugur gitu je.
Quote chazey 25-9-2018 04:47 PM
Themilo replied at 25-9-2018 12:34 PM
arwah Suzaily Mokhtar tu merupakan classmate / housemate / bff makcik iols.. banyak gambar-gambar  ...

Kes aruah itu, if only orang dewasa prihatin gi check bas tu bila ada budak klaim nampak ada perempuan ketuk2 tingkap bas in desperation mintak pertolongan, takdanya sampai mati aruah dibunuh.
Quote chazey 25-9-2018 04:48 PM
lasagnaklcc replied at 25-9-2018 04:43 PM
Kes noritta tu mmg pulis2 yg terlibat suspect hanif yg bunuh, based on investigation diorg la kan. F ...

Noritta tu bukan kata gosip Jamaluddin Jarjis ka suspek utama yang dilindungi identitinya?
Quote mieymiey 25-9-2018 04:52 PM
Semoga kematian mangsa dapat pembelaan sewajarnya.
Quote putericahaya999 25-9-2018 05:03 PM
kes altantuya bila nk buka semula
Quote sukacactus 25-9-2018 05:18 PM
Themilo replied at 25-9-2018 12:34 PM
arwah Suzaily Mokhtar tu merupakan classmate / housemate / bff makcik iols.. banyak gambar-gambar  ...

Arwah ni masa balik skolah jalan kaki lalu depan umah mak.
Sweet je dia selalu senyum
Sian family, dah la dia sorang je pompuan
Quote grouper 25-9-2018 05:24 PM
Kes ceo cradle ni x abis lagi mati cmne pun x tau so x leh masuk kategori kejam..silap2 betul accident? Yg lain tu klau sblm mati kena seksa baru mati blh la masuk kategori kejam.. kes budak kena tembak tu pun x layak masuk kategori kejam maybe kategori cash?
Quote lasagnaklcc 25-9-2018 06:17 PM
chazey replied at 25-9-2018 04:48 PM
Noritta tu bukan kata gosip Jamaluddin Jarjis ka suspek utama yang dilindungi identitinya?

Yg tu tak sure la plak. But since ramai VVIP related dgn arwah so tak terkejut la. Sure ada cover-up.

Ayah iols kenal IO kes ni, wkt tu mmg bukti byk ke hanif... Tapi pendakwaan lemah, bukti tak kuat.
Quote RatuDunia94 25-9-2018 06:20 PM
Edited by RatuDunia94 at 25-9-2018 06:28 PM

Kes adik Nurul Huda yg kena rogol kt pondok jaga tnb tu pon sedih gak.. sampai Adibah Noor buat lagu..
Quote borrow 25-9-2018 07:39 PM
Paling sakit hati baca kes Arwah Nurin. Pembunuhnya bukan saja kejam tp sombong.

Arwah diperlakukan seperti sampah2 . Pastu slumba ja naik motor buang mayat di kedai.

Plg sedih , tada sapa dihadapkan ke court. Pembunuh still bebas. Giler




Vid ats dikatakan cctv kes arwah.



Quote borrow 25-9-2018 07:42 PM
Time kecik dulu ai ada dgr jiran2 membawang.  Dulu pnh ada kejadian budak dirogol bunuh sebijik cam arwah Nurin juga. Kat kebun kelapa sawit. Pastu ada teori kaitkan ngan ilmu hitam jugak.

Sapa org Sitiawan perak? Tau tak stori ni?

Lihat semua komen(49)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047884s Gzip On
    To Top