Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Taman Ala Fairytale Hanya Di Kulim, Kedah. Seronoknya Bukan Main!

24-9-2018 06:11 PM|Oleh: nameera| Komen: 11

Jika anda ke Utara dan sudah ke Avatar Secret Garden menikmati lampu malam ala-ala dunia avatar, apa kata kali ini anda berkunjung pula ke Taman ala Fairytale (atau dikenali sebagai Taman MBI DesaKu, Kulim)

Perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 45-50 minit  dari Avatar Secret Garden, Pulau Pinang ini menjanjikan satu perjalanan yang berbaloi untuk anda. Tambahan pula bagi anda yang sudah berkeluarga,  tempat ini akan memastikan anak-anak anda teruja melihat kartun-kartun dan superhero kegemaran mereka berdiri gah di sini.  

Kredit Foto : Internet 
Ianya pengalaman dari penulis sendiri, tempat ini menjanjikan sesuatu yang dapat  meninggalkan detik-detik kenangan terindah kepada anda dan anak-anak. Penulis sendiri yang pernah berkunjung ke sini bersama anak buah turut berasa teruja, walaupun pada ketika itu pada jam 10 pagi tapi cuaca sudah mula panas. 

Taman MBI DesaKu Kulim 
Taman MBI Kulim terletak di Padang Meha, Kulim merupakan taman perumahan yang menjual rumah kepada pembeli dan bagi menarik pengunjung, pemaju telah membina taman unik ini sebagai daya tarikan dengan struktur reka bentuk yang menarik ala fairytale membuatkannya menjadi salah satu tempat kunjungan utama seisi keluarga dari sekitar utara dan tempat singgahan kepada mereka yang melalui jalan highway ke Baling, Kedah serta destinasi pelancongan pelancong dari luar Malaysia.

Kredit Foto : Internet
Bagi anda yang berkunjung ke sini, izinkan seketika anak anda bersama-sama dengan watak-watak kegemaran mereka dan mengkreatifkan diri dengan bergambar dalam pelbagai gaya bersama watak kesukaan mereka kerana kawasan  ini  sangat sesuai untuk anda bergambar, beriadah dan mengabadikan  kenangan terindah bersama anak-anak dan orang tercinta. 


Bukan itu sahaja, tempat ini juga mempunyai pemandangan pada waktu siang yang mana landskapnya dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Ia sebenarnya sebuah taman yang mengandungi tiga taman bertema yang berbeza iaitu taman Kaktus, Jepun dan Fairy Tale. Bagi penulis, untuk anda yang menginginkan ketenangan  dan ingin menikmati waktu riadah bersama keluarga di waktu petang, di sinilah destinasi pilihan yana paling tepat.   

Keluarga penulis bersama dengan beberapa tourist dari China . 

VIDEO TAMAN MBI DESAKU PADA WAKTU SIANG
 


Pada hari berikutnya pula, penulis dan keluarga sekali lagi berkunjung ke sini untuk menikmati waktu malam yang ditemani dengan lampu warna-warni menghiasi setiap pelusuk kawasan taman tema yang membuatkan taman tema ini kelihatan begitu ceria dan cantik.



Kredit Foto : Internet
Tak payah susah-susah ke ICity lagi, cukup berada di sini. Restoran dalam kawasan ini pun tak kurang indahnya. Setiap bangunan dihiasi lampu seperti berdaya Tokyo  dan China pada waktu malam. 

VIDEO TAMAN MBI DESAKU PADA WAKTU MALAM


P/SADA YANG SUDAH BERKUNJUNG KE SINI? JOM KONGSI PENGALAMAN ANDA. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
10
Terkejut
8
Sedih
10
Lawak
6
Bosan
10
Komen: 11
Komen

Previous : 5 Homestay Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu Yang Memukau Di Kundasang

Next       : Bagaikan Berada Di Greek. Kunjungi Alacati, Mutiara Tersembunyi Negara Turki

Komen Terbaru

Quote mozag02 10-10-2018 11:30 AM
Memang selalu pass tempat ni bila nak ke Baling..terbaik sebab free dan beertambah cantik pada waktu malam..kanak-kanak memang suka tempat ni..

Kalau nak ke Baling atau Kuala Ketil melalui Lebuhraya BKE, memang akan lalui kawasan ni..

Lain-lain Komen

Quote matkpop 24-9-2018 07:35 PM
mesti cantik malam2. tapi kartun2 tu nampak pprt plak
Quote Sazida 24-9-2018 07:51 PM
matkpop: mesti cantik malam2. tapi kartun2 tu nampak pprt plak

Okeyla tu dari takde . Bajet xlebat nk buat mcm kt obesi
Quote lovelytouch 24-9-2018 08:18 PM
Haha bajet tak lebat tapi impian hebat. Itsss occayy asalkan jaga kebersihan yacchh!
Quote puccafan 24-9-2018 10:35 PM
Kalo nak bawak jalan2 tapi bajet tak berapa nak ada, ok la. Best tangkap gambar jela. Tapi tempat makan yg ok sikit banyak kat pekan kulim
Quote buapakperut 24-9-2018 11:42 PM
erk tak nak la. dah macam ape totoro dan shrek itew.
Quote MissLily89 25-9-2018 05:06 AM
Bawak aanak2 ni seronok tapi mengenangkan sesak pikir 2kali
Quote nefnefnef 25-9-2018 04:48 PM
Mcm iCity ...banyak liplap warna warni
Quote Laylamajnun123 25-9-2018 09:19 PM
Boleh la gi nanti
Quote puanbintang 1-10-2018 10:06 AM
cutenya..masuk list dulu..nanti2 boleh pegi
Quote mizzacu 5-10-2018 01:19 PM
laaaa... xtau pon pasai ni..

nti blk kpg bleh la p jenguk3
Quote mozag02 10-10-2018 11:30 AM
Memang selalu pass tempat ni bila nak ke Baling..terbaik sebab free dan beertambah cantik pada waktu malam..kanak-kanak memang suka tempat ni..

Kalau nak ke Baling atau Kuala Ketil melalui Lebuhraya BKE, memang akan lalui kawasan ni..

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041403s Gzip On
To Top