Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kenapa Kita Makan Popcorn Dalam Panggung Wayang? Ini Jawapannya!

20-9-2018 11:43 AM|Oleh: Bilissey| Komen: 55

Bertih jagung atau popcorn merupakan makanan ringan yang mudah dimakan, sedap dan rendah kalori. Ia juga mudah dimasak dan disediakan. 

Sebelum masuk menonton di panggung wayang, gerai popcorn selalu menjadi persinggahan pengunjung. Popcorn biasa mahupun karamel, bersaiz kecil atau besar, berkongsi mahupun makan sendiri, pilih sahaja ikut kemampuan dan cita rasa masing-masing. 

Namun, pernahkah anda terfikir mengapa kita memakan popcorn sambil menonton filem? Siapakah yang memulakan budaya ini?


Kredit Gambar: Nestor Rizhniak

Fenomena menonton filem di panggung wayang bermula sekitar tahun 1900. Pada era tersebut, pengunjung tidak dibenarkan untuk makan di dalam panggung wayang kerana pemilik risau sekiranya makanan atau minuman akan mengotori karpet mereka. 

Tambahan pula, panggung wayang pada awalnya dikhususkan kepada golongan bangsawan yang tidak mahu diganggu oleh bunyi bising ketika pengunjung mengunyah makanan. 

Larangan membawa masuk makanan ke dalam panggung wayang perlahan-lahan berubah apabila semakin banyak panggung wayang dibina dengan kehadiran pengunjung mencecah 90 juta orang seminggu (Sumber Popped Culture: A Social History of Popcorn in America, 1999).


Kredit Gambar: Kirn Vintage

Pada awalnya, peniaga menjual popcorn kepada mereka yang sedang beratur untuk membeli tiket dan menunggu giliran di luar panggung wayang. Ketika itu, pekerja panggung wayang diminta memeriksa setiap pengunjung untuk memastikan mereka tidak membawa masuk popcorn ke dalam panggung wayang dengan cara menyembunyikan snek tersebut di dalam kot masing-masing. 

Apabila bilangan pengunjung yang membeli popcorn sebelum masuk ke panggung wayang semakin bertambah, pemilik panggung wayang mula menyewakan ruang lobi mereka kepada peniaga popcorn. 

Sebelum ini, ruang lobi hanyalah berfungsi sebagai lobi semata-mata kerana pemilik ingin menjaga imej panggung wayangnya. Tambahan pula, panggung wayang tidak mempunyai sistem pengudaraan yang sesuai untuk berniaga makanan. 


Kredit Gambar: iPic Theaters

Setelah pemilik melihat potensi perniagaan popcorn, panggung wayang mula menjual makanan itu dan snek mereka sendiri untuk meningkatkan keuntungan. 

Mereka tidak lagi menggunakan orang tengah, iaitu peniaga popcorn. Penjualan popcorn mendatangkan keuntungan yang banyak selain mudah disediakan dan bahan asas seperti bertih jagung mudah didapati serta murah harganya.


Kredit foto: Clevver

Penjualan popcorn juga meningkatkan bilangan pengunjung ke panggung wayang. Sebagai contoh, rangkaian panggung wayang Dallas mula menjual popcorn di 80 buah panggung wayangnya, namun menolak untuk menjual popcorn di lima panggung wayang terbaiknya. Hal ini adalah untuk mengekalkan eksklusiviti panggung tersebut. 

Akibatnya, keuntungan di 80 panggung wayang yang menjual popcorn semakin melonjak sebaliknya kerugian berlaku di lima panggung wayang yang tidak menjual popcorn. Secara tidak langsung, penjualan popcorn diakui sebagai salah satu kaedah meningkatkan keuntungan panggung wayang.

Sejak itu, panggung wayang menjadi semakin sinonim dengan penjualan popcorn. Hal ini mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu pengunjung dan pemilik. 

Demikianlah sejarah ringkas mengenai mengapa kita memakan popcorn sambil menonton filem. Ada ke yang tak makan popcorn ketika menonton di panggung wayang? Jarang sekali rasanya, kan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
11
Marah
9
Terkejut
4
Sedih
6
Lawak
7
Bosan
12
Komen: 55
Komen

Previous : Mata Besar Cantik Menawan Anak Ini Disebabkan Sindrom Genetik Yang Jarang Ditemui

Next       : Autisme: Adakah Genetik Salah Satu Penyebabnya?

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Church Of Scientology Balas Dendam, Cuba Intimidasi Leah Remini!
Ramalan Siri 'The Simpsons' Ini Jadi Kenyataan, Kebetulan Atau Suatu Konspirasi?
Inilah Kehidupan Kate Middleton Sebelum Bergelar Duchess of Cambridge!
PU Azman Pun Nak 'Ber Bobo' Juga, Kalah Rap Sajat!
Inilah Adik Perempuan Sajat! Sama Tak?
SPRM Papar Senarai Pengisytiharan Harta MP, Menteri PH Di Portal
Polis Buru 10 Pelajar Bolos Asrama Akhlak
Dirasuk, Nampak Kelibat Hantu. Ramai Yang Belum Tahu Misteri Yang Dihadapi Pelakon Dan Kru Filem Malaysia
Bung Mokhtar Sahkan Ada Lagi Bakal Keluar UMNO, KJ Dan Hishammuddin Masih Setia
DS Najib Razak Masuk Lokap, Anak-Anak Luah Perasaan Menyayat Hati
Lelaki Ugut Tembak Budak 11 Tahun Lepas Kalah Main 'Fortnite'
'Perempuan Dagu Senget' Nak Lapor Polis Lepas Kena Lempang Dengan Zarina Anjoulie?
Kecoh Najib 'Didera'! Dulu Anwar Ditangkap, Boleh Pula Sahara Yaacob Buat Roadshow?
Suami Tampar, 'Ragut' Beg Isteri OKU
Guru 'Sumbat' Anak Dalam Mesin, Curi Permainan Arked
"Dah Tak Masuk Dapur, Selalu Makan Luar" - Ahmad Maslan Buktikan SST Lebih Murah Dari GST?
Tidur Dengan Wanita Tak Terasa Seperti 'Curang' Dengan Bekas Suami - Lily Allen
Jijik! Lelaki Gosok Buah Pada Punggung Sebelum Kembalikan Pada Rak Pameran
Mata Besar Cantik Menawan Anak Ini Disebabkan Sindrom Genetik Yang Jarang Ditemui
Terbelit Lidah! Gelagat Nenek Ini Semasa Membaca Buku Kanak-Kanak Menghiburkan Netizen
Masih Ingat Oshin? Selepas 30 Tahun Pelakon Siri 80an Itu Mahu Drama Ditayang Semula Kerana Masih Relevan
Pelik Dan Unik Reka Bentuk Payung Di Pasaran Kini, Tapi Mana Satu Paling Praktikal?
Filem Legenda Ini Pasti Buat Anda Rindu Zaman Kanak-Kanak
Hanya Main Dengan Kertas, Tapi Si Kecil Seronok Tidak Terkata!

Komen Terbaru

Quote Bilissey 26-11-2018 10:11 PM
kucing02 replied at 26-11-2018 05:07 PM
selalunye popcorn aku tinggal separuh bile movie nk start.. iklan tu lama bebenor

Kannnn..iklan je dah setengah jam

Lain-lain Komen

Quote Daintymerry19 20-9-2018 11:47 AM
Oo mcm tu kesahnter
Quote EvieWanKenobi 20-9-2018 11:56 AM
tq for info..

memang wajib beli popcorn bila
tengok wayang..
Quote Gingerly 20-9-2018 12:03 PM
Siapa kata popcorn rendah kalori.  Cer cek kalori popcorn caramel n biasa. Ngn air jus n soda murahan penuh bahan perisa n gula tu
Quote nisako 20-9-2018 12:23 PM
wah good info....
Quote Artemesiaa 20-9-2018 12:35 PM
Info menarik.  Tapi tak suka makan pop corn ketika menonton
Quote myakayina 20-9-2018 12:57 PM
tak boleh klu takde popcorn klu tengok wayang..kecuali klu dah kenyang sangat..just beli soft drink jer.. klu terlebih lapar dgn hotdog plak.. aritu pegi tengok citer k.limah dgn munafik 2 marathon..budak yg jaga entrance tu bagi je aku masuk sbb dah kenal..padahal patutnya tak leh masuk lagi.. masa tu bukan peak hour pun..tapi adalah jgk yg menonton..tak sampai half penuh pun..aku sorg2 dlm tu mkn dulu hotdog..tengah mkn ada plk 'benda' tengah tengok aku mkn..aku lantak kan jer..
Quote Bilissey 20-9-2018 01:29 PM
EvieWanKenobi replied at 20-9-2018 11:56 AM
tq for info..

memang wajib beli popcorn bila

Terima kasih sudi baca
Quote Bilissey 20-9-2018 01:32 PM
Edited by Bilissey at 20-9-2018 01:35 PM
Gingerly replied at 20-9-2018 12:03 PM
Siapa kata popcorn rendah kalori.  Cer cek kalori popcorn caramel n biasa. Ngn air jus n soda muraha ...
Double post. Hampunnn
Quote Bilissey 20-9-2018 01:33 PM
Gingerly replied at 20-9-2018 12:03 PM
Siapa kata popcorn rendah kalori.  Cer cek kalori popcorn caramel n biasa. Ngn air jus n soda muraha ...

Popcorn antara rendah kalori tau, sebab penuh angin je. Tapi popcorn caramel tu lain cerita la. Hehe

Memetik sinar.my, 1 cawan bertih jagung mempunyai 1.3 gram serat, dan mempunyai kepekatan antioksidan berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya bebas gula, bebas lemak dan rendah kalori. Hanya 31 kalori bagi 1 cawan
Quote Bilissey 20-9-2018 01:37 PM
myakayina replied at 20-9-2018 12:57 PM
tak boleh klu takde popcorn klu tengok wayang..kecuali klu dah kenyang sangat..just beli soft drink  ...

Ni mesti selalu tengok wayang ni. Sampai pekerja pun cam muka. Cerita lah pasal 'benda' tu walaupun ni bukan bod MPS. Hehe
Quote myakayina 20-9-2018 01:46 PM
Bilissey replied at 20-9-2018 01:37 PM
Ni mesti selalu tengok wayang ni. Sampai pekerja pun cam muka. Cerita lah pasal 'benda' tu walaupu ...

takdelah selalu..klu ada citer best dan ada masa mmg pegi..biasanya hari rabu la sbb tiket murah kan.. yg jadi kenal tu sbb budak tu pun rajin borak.. 'benda' tu tak kacau cuma perati je aku makan.. tempat dia suka duduk dekat tepi pintu keluar sebelah screen tu..mmg sorg je masa tu..dlm 10 minit jugalah..lepas tu sikit2 org mula masuk..ntilah ada masa aku bukak citer kat mps psl kisah aku dgn anak aku yg boleh nampak makhluk yg tidak terlihat ni..  
Quote Bilissey 20-9-2018 02:06 PM
myakayina replied at 20-9-2018 01:46 PM
takdelah selalu..klu ada citer best dan ada masa mmg pegi..biasanya hari rabu la sbb tiket murah k ...

wahhh..maksudnya memang jenis hijab terbuka la kan. Cannot imagine, macam mana kalau benda tu munculkan diri dekat semua orang, dan benda tu, macam u cerita, dok tercongok tepi pintu exit tu. Dua pilihan: sama ada nak lari daki tangga keluar ikut pintu masuk, atau redah ikut pintu exit tu. Atau, pura-pura pengsan. Haha
Jangan lupa up thread kat MPS
Quote prettyuglybabe 20-9-2018 03:22 PM
gi movie beli popcorn..
cerita baru start popcorn dah tinggal kurang separuh..
cam mana
Quote Bijasura 20-9-2018 05:23 PM
dan kita pulak ikut-ikut makan popcorn. diorang takper la jagung tanam sendiri. boleh dpt murah
Quote bakingsoda 20-9-2018 05:30 PM
popcorn tawar rendah la kalori
Quote meisapoya 20-9-2018 05:35 PM
Popcorn royale tgv boleh potong kaki. Tapi sedap
Quote umbut 20-9-2018 05:47 PM
meisapoya replied at 20-9-2018 05:35 PM
Popcorn royale tgv boleh potong kaki. Tapi sedap

Kan.. sedap sangat.. dari jauh dah bau..x henti ngunyah
Quote meisapoya 20-9-2018 05:54 PM
umbut replied at 20-9-2018 05:47 PM
Kan.. sedap sangat.. dari jauh dah bau..x henti ngunyah

Khenn. I x suka manis, tapi buat pengecualian utk popcorn ni... kalau x gi tgk wayang pon, singgah beli je bawak balik rumah
Quote RatuDunia94 20-9-2018 10:01 PM
Iols suka pop corn mbo. Kadang kalo ngidam g je beli popcorn pastu balik.. haha

Lihat semua komen(55)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047631s Gzip On
    To Top