Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lagi Kes, Remaja 15 Tahun Berkahwin Dengan Bapa Dua Anak Di Kelantan

Oleh: Myra Rozi|18-9-2018 12:41 PM Komen: 69
Belum lagi reda kes yang melibatkan pernikahan di antara budak 11 tahun yang menjadi isteri ketiga peraih getah berusia 41 tahun, sebuah lagi kes yang serupa berlaku di Kelantan.

Kali ini ia melibatkan seorang remaja berusia 15 tahun berkahwin dengan lelaki berusia 44 tahun, yang juga merupakan seorang anggota RELA.

Menurut Berita Harian, perkahwinan tersebut mendapat kebenaran dari mahkamah syariah dan upacara akad nikah pasangan tersebut telah diadakan di Masjid Kampung Laut Tumpat pada Julai. 

Che Rahim Che Deraman, 60, bapa kepada remaja tersebut berkata, faktor kemiskinan menyebabkan dia membenarkan anak bongsunya itu berkahwin.

Che Rahim, dan isteri bersama anak bongsu dan salah seorang cucunya, Kredit foto: NST
Dia bersama isterinya, Mariam Hassan, dikenalkan dengan dengan lelaki tersebut melalui salah seorang daripada 13 anaknya.

Adik beradik yang lain semua sudah berumah tangga dan mempunyai kehidupan masing-masing dan kami juga mahukan yang terbaik buat beliau biarpun kami tahu dia masih di bawah umur. 

Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak hidup susah. Kami tidak mahu anak kami mengharungi kehidupan seperti yang kami lalui keika membesarkan 13 anak.

Tambah Che Rahim, dia hanya mampu menjana pendapatan sebanyak RM200-RM300 sahaja sebulan.

"Walaupun lelaki tersebut sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, tapi dia sudah memohon untuk berpoligami dan telah mendapat kebenaran."

Kredit foto: NST
Sementara itu, remaja tersebut bersetuju untuk berkahwin memandangkan dia sudah mengenali lelaki tersebut sejak beberapa bulan lepas.

Saya tidak kisah apa anggapan orang terhadap saya. Yang penting, saya gembira bersama suami dan akan cuba membahagiakan dia sepanjang hidup saya, katanya yang hanya bersekolah setakat tingkatan satu. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
12
Marah
10
Terkejut
21
Sedih
19
Lawak
18
Bosan
19
0
0
Komen: 69
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kiambang 21-9-2018 10:31 PM
Lebih baik suruh anak kerja .. ada la duit nak hulur kat mak bapak ...

Lain-lain Komen

Quote chicozinn 18-9-2018 12:46 PM
berkahwin ngan org tua bukan cara penyelesaiannye pakcik oii..wat de hek??
Quote @Phoenix 18-9-2018 12:46 PM
Hmmm....selamat pengantin baru dik
Quote shernazz 18-9-2018 12:49 PM
Thread ni dh ada kan.
Choi la.nak cerca banyak banyak thread
Quote pearl.silver 18-9-2018 12:49 PM
Ayah dia kata bg kawen sbb taknk ank hidup susah?
Laki yg dikawenkn tu ada tanah getah berpuluh ekar kah?
Nampak gaya sama je hidup budak tu..
Quote Foxey 18-9-2018 12:54 PM
Hadeh. Macam ni ke nak bagi anak hidup senang? Is the guy a millionaire? Bukan kan?
Quote Megikari 18-9-2018 01:07 PM
13 anak tapi takde sorang pun yang sanggup contribute duit utk adik sekolah? I is kenot brain la orang yg claim diri susah tapi masih nak beranak banyak2. Kalau menjadi anaknya takpe jugak
Quote buapakperut 18-9-2018 01:10 PM
sado badan walaupun baru 15. negeri2 miskin ramai je yg macam ni. makbpak dah tua anak ramai,tak sanggup dah nk sekolahkan n jaga mkan minum. kawinkan jela lepas satu beban,selain dapat wang dari menantu. iols masa umur gini ramai sibling juga, anak yatim ..tapi tak hingin dikahwinkan dengan jantan tua mana tah.ngeri.syukur dapat belajar sampai degree dengan biasiswa dan ptptpu huhuhu
Quote insulin 18-9-2018 01:10 PM
Baru form 3 tu.
Quote prettyuglybabe 18-9-2018 01:13 PM
rezeki banyak pun hidup susah juga sampai terpaksa kawinkan anak?
Quote raxief 18-9-2018 01:38 PM
walaupun gua x berapa setuju, tapi remaja ni at least dah 15 tahun, beso jugak la banding yg 11 tahun tu
Quote amyza 18-9-2018 01:56 PM
Dah tau hidup susah janganlah beranak ramai!!!
Quote sukacactus 18-9-2018 01:59 PM
Aku salahkan bapaknya
Ambik jln mudah sgt!
Dah tau xberapa mampu, nak jg beranak berbelas2 zuriat
Quote merrissa 18-9-2018 02:00 PM
bese la typical ummah mampu lepas je...xmmpu jaga lepaskan kat org lain...mudah...janji air dia lepas tetiap malam jumaat
Quote chinta89 18-9-2018 02:00 PM
sennag je alasan?

dh tahu x nk anak hidup susah, beranak ramai2 buat ape?

Quote Chesire_Epilog 18-9-2018 02:10 PM
Yang peliknya napa stok2 kawen budak bawah umur ni suami orang?
Quote BoLapciOus 18-9-2018 02:14 PM
nasib ad picca so xjadik marah even double thread..haha
xpe korang jgn marah2..dorg semua da sedap..
Quote paz 18-9-2018 02:15 PM
Kalau susah, kenapa tak suruh anak tu keje? At least boleh bantu. Kenapa mesti kawin kan, confirm ke ok semuanya. Sian lah budak, kalau dia kena paksa.
Quote DollahRepek 18-9-2018 02:23 PM
"Sekurang2nya budak itu tak buat maksiat" <--- ayat lobai
Quote cassriena 18-9-2018 02:25 PM
jemu jelak lah dgr isu kawen kawen kawen bawah umur ni. budak tu patut pegi sekolah bukan pegi menikah

Lihat semua komen(69)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top