Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Hidup Bergelumang Dengan Najis Sendiri. Kisah Sadis Gadis Rupawan Yang Dikurung Selama 25 Tahun

21-9-2018 12:13 PM|Oleh: Intan| Komen: 32

Foto: Google
Hanya disebabkan tidak sama taraf dan status, gadis  kelahiran Perancis bernama Blanche Monnier telah dihukum oleh keluarganya sendiri dalam bilik yang dipenuhi najisnya sendiri serta tikus dan kutu.

Kisah tragis ini berlaku pada abad ke - 19, apabila gadis cantik ini telah terjatuh cinta dengan seorang peguam kelas bawahan. Sehingga pada suatu hari, Blanche telah dilaporkan hilang dan tidak dapat ditemui.

Keluarganya dikatakan siap berkabung atas kehilangan Blanche dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Namun begitu, kehilangan Blanche telah mengejutkan pihak polis yang secara tiba tiba telah menerima surat misteri daripada orang yang tidak diketahui.

Kredit Foto : Google

Surat itu bertulis " Saya mempunyai kehormatan memaklumkan tentang kejadian yang sangat serius. Saya bercakap tentang seorang wanita yang belum berkahwin yang dikunci di rumah Madam Monier dalam keadaan hampir mati kelaparan & tinggal dengan sampah tercemar dan dalam kotorannya sendiri, sejak 25 tahun"

Polis membuat serbuan ke rumah keluarganya dan terkejut melihat keadaan Blanche yang sangat lemah di atas katil yang dipenuhi najisnya sendiri dan makanan busuk. Pegawai polis juga menyifatkan keadaan Blanche yang sudah terlalu lama tidak melihat cahaya, Blanche sentiasa menutup matanya menggunakan tangan kerana terlalu silau.

Kredit Foto : Google

 Blanche ketika ditemui hanya mempunyai berat badan sebanyak 55 pound. Selepas ditemui, ibu Blanche terus ditangkap polis. Ramai tidak menyangka dalang di sebalik kejadian adalah ibu nya sendiri kerana ibunya aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan serta pernah menerima anugerah dari Committee of Good Works kerana sumbangannya yang besar untuk Paris.


Kredit Foto : Google

Setelah 15 hari dalam penjara, ibunya meninggal dunia. Seorang saksi menyifatkan keadaan sebagai "Wanita malang itu ditemui dalam keadaan telanjang di atas tilam jerami yang busuk. Di sekelilingnya terbentuk semacam kerak dari najis, serpihan daging, sayuran, ikan dan roti busuk"

Kredit Foto : Google

Blanche kemudian ditempatkan di sanitarium dan menghidap penyakit lasting psychological sehingga beliau meninggal dunia disebabkan kejadian tersebut. Pengirim surat itu masih lagi tidak diketahui identitinya namun spekulasi mengatakan ianya merupakan kiriman daripada adik ketiganya yang tidak sanggup melihat kakaknya terseksa di ruang kecil itu. -CARI

Kredit : @sheik_anon (twitter)



Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
6
Lawak
4
Bosan
2
Komen: 32
Komen

Previous : Tak Sangka Senang-senang Boleh Dapat Voucher Percuma Di H&M, Ini Caranya

Next       : Inilah Kehidupan Kate Middleton Sebelum Bergelar Duchess of Cambridge!

Komen Terbaru

Quote AkuMark 27-11-2018 12:39 AM
Kesian sampai hati si ibu

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 21-9-2018 12:17 PM
Sian diseksa sampai sebegitu jadinya
Quote finn 21-9-2018 12:33 PM
kesiannya...hidup dia..
Quote hasniey 21-9-2018 12:44 PM
Kesiannye.pasal cinta je ko sanggup anak ko menderita mcmtu.baik dia kawen dgn org kelas bawahan.
Quote noraidil_06 21-9-2018 01:20 PM
Ya Allah. May Allah bless ur soul. Cantik orgnye
Quote awekjepun 21-9-2018 01:31 PM
Kesian..org yg selamatkan dia ambil masa yg tlalu lama utk bongkar.
Quote BoLapciOus 21-9-2018 01:37 PM
Baru seru nama dia smlm..thanks tt..setia sgt orgnye..
Quote buapakperut 21-9-2018 02:02 PM
penah baca kisah sheol, cantik orangnya, dikurung sampai jari kuntilanak. kejam ibunya
Quote moonbug 21-9-2018 02:48 PM
Kejamnya keluarga dia. Tergamak aniaya darah daging sendiri
Quote matchstick 21-9-2018 02:55 PM
Panjang umur dia dikurung dlm tmpt kotor dgn najis dan tikus berkeliaran x kena sakit ke apa.. Kita2 ni gi lawat tmpt kotor sekali je pun boleh kena penyakit membawa ke mati. Dan x pulak dia bunuh diri. Hidup seksa berpanjangan mcm ni rasa mcm lebih baik mati jah. Mak nye sgt kejam sbb menyeksa anak gitu. Bunuh je lah kalu dh benci sgt
Quote Foxey 21-9-2018 05:29 PM
Kesiannya dia. Cantik orangnya. Sampai hati mak dia kurung dia macam tu.
Quote matkpop 21-9-2018 09:51 PM
kejamnya perangai. kurung anak sendiri, lama plak tu.
Quote EvieWanKenobi 21-9-2018 10:21 PM
lebih baik mati dari terseksa..
Quote missDollie 21-9-2018 10:51 PM
Maknye jeles anak dia lawa kot..lepas tu jumpa plak cinta sejati..sakit hati
Quote RatuDunia94 22-9-2018 12:41 AM
X bile bygkan rutun harian yg sama selama 25 tahun.. mungkin tahun2 pertama sgt terseksa.. tp tahun seterusnya dh x rasa apa..
Quote paz 22-9-2018 01:48 PM
Sampai hati mak dia. Janji hati puas.
Quote lantodak 22-9-2018 03:25 PM
25tahun hidup camtu..zalim betul mak dia
Quote bintangct 22-9-2018 04:02 PM
Kijamnyaaa
Nk kurung pun kurung la elok2 Nape biarkn smpi mcm tu sekali
Quote miziizhar 22-9-2018 05:35 PM
Kejamnyer ibu dia.. Agaknyer ibu dia nie ada masalah mental or cemburu dengan kecantikkan anak dia tu???
Quote smeetasmitten 23-9-2018 03:54 PM
Ada movie based on this rasanya. Rasa mcm ada movie inspired by this

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047572s Gzip On
    To Top