Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ramalan Siri 'The Simpsons' Ini Jadi Kenyataan, Kebetulan Atau Suatu Konspirasi?

19-9-2018 01:01 PM|Oleh: Ferr_Remy| Komen: 27

Image result for the simpsons

Siapa yang tidak kenal dengan siri animasi The Simpsons? Siri kegemaran ramai ini masih disiarkan sejak tahun 1989 dan ternyata ianya masih relevan dan mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia. 

Tetapi, tahukah anda? The Simpsons sering kali meramalkan masa hadapan, mungkin ianya hanyalah kebetulan ataupun mungkin juga penerbit siri ini mempunyai agenda mereka tersendiri. 

Jom kita lihat ramalan-ramalan di bawah yang pernah disiarkan siri animasi ini!


Donald Trump Sebagai Presiden Amerika Syarikat


Image result for trump simpsons

The Simpsons pernah meramalkan di mana Donald Trump bakal menjadi presiden Amerika Syarikat. Pada tahun 2000, dalam sebuah episod bertajuk "Bart to the Future", terdapat satu dialog aneh di mana Lisa Simpson berkata, "Kami telah mewarisi krisis belanjawan yang mencukupi dari Presiden Trump." 

Pelik bukan? Daripada semua senarai selebriti, The Simpsons boleh pula memilih Donald Trump untuk menjadi presiden pada ketika itu.


Jam Tangan Pintar


Image result for simpson apple watch

Pada episod berjudul "Hari Perkahwinan Lisa" yang disiarkan pada 1995, The Simpsons memaparkan seorang lelaki yang merupakan tunang kepada Lisa Simpson berbual menggunakan sebuah jam tangan menyerupai jam tangan pintar yang boleh kita lihat digunakan secara meluas hari ini.


AutoCorrect


Related image

Sekali lagi, The Simpsons meramalkan penggunaan teknologi pada masa hadapan. Episod yang pernah disiarkan sekitar 1994 menunjukkan penggunaan "autocorrect" yang pertama di dunia di mana sebuah karekter dalam siri ini menulis mesej berbunyi "Beat up Martin" yang kemudiannya ditukarkan secara automatik menjadi "Eat up Martha".


Harimau Putih Dan Ahli Silap Mata


Related image

Dalam satu episod musim ke-5, episod 10 yang berjudul "$pringfield (Or, How I Learned to Stop Worrying and Love Legalized Gambling)" yang disiarkan pada 1993, The Simpsons menyiarkan satu adegan di mana terdapat dua karakter berbaju putih diserang harimau ketika mengadakan satu persembahan. 

Ia benar-benar menjadi kenyataan di mana 10 tahun kemudiannya, Siegfried Fischbacher dan Roy Horn telah diserang harimau berwana putih dalam salah satu pertunjukan mereka.


Disney - 20th Century Fox


Related image


Ramalan yang baru sahaja menjadi kenyataan berlaku pada musim ke-10, tahun 1998 episod "When You Dish Upon a Star". Sebuah papan iklan yang memaparkan logo "20th Century Fox" disertai dengan perkataan "A Division of Walt Disney Co." ditulis di bawahnya. 

Ramalan itu benar-benar berlaku pada 14 Disember 2017 apabila Disney mengumumkan bahawa mereka mengambil alih sebahagian besar syarikat 21st Century Fox dalam satu persetujuan bernilai ASD 66.1 bilion iaitu hampir RM269 bilion).


Tragedi 9 September


Image result for simpson 911

Dalam episod "New York City Against Homer" yang disiarkan pada 1997, Lisa Simpsons dilihat memegang sebuah majalah dengan perkataan New York disertai angka sembilan bersama bayang World Trade Center; yang menyerupai angka 11. Ia merujuk kepada nombor 9/11 di mana World Trade Center diserang empat tahun kemudiannya dan seterusnya menjadi perdebatan hangat di antara penggemar teori konspirasi di seluruh dunia.

Wow! Mungkinkah pelukis kartun untuk siri kartun ini merupakan ahli nujum? Atau adakah penerbit The Simpsons ahli kepada kumpulan Illuminati yang mempunyai agenda tersendiri? Mungkin juga semuanya berlaku hanyalah secara kebetulan. Apa agaknya ramalan disiarkan mereka yang akan menjadi kenyataan lagi pada masa hadapan? Sama-sama kita nantikan! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 27
Komen

Previous : Ron 95 Atau Ron 97, Mana Satu Lebih Bagus?

Next       : Lagu-lagu Berhantu Yang Pernah Mencetuskan Kekecohan Ramai! Pernah Kena?

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Tun Mahathir Setuju, Kamu Sibuk Sebab Apa?- Anwar Ibrahim
Lagu-lagu Berhantu Yang Pernah Mencetuskan Kekecohan Ramai! Pernah Kena?
Main Kutu Boleh Didenda RM500,000 Atau Penjara 10 Tahun
Papagomo Bukan Lagi Budak KJ
Kakak Ipar Rakam Detik Pengantin Baru Dirogol Bapa Mentua
"Skynet Curi Barang, Pos Laju Pecahkan Barang... Apa Nak Jadi Dengan Kurier Malaysia?"
Jangan Buat Kerja Tuhan, Hukum 'Mummy' DSV - Boy Iman
Anak-beranak Zalim Kurung Dan Buat Jiran Macam Hamba
Inilah Kehidupan Kate Middleton Sebelum Bergelar Duchess of Cambridge!
PU Azman Pun Nak 'Ber Bobo' Juga, Kalah Rap Sajat!
Inilah Adik Perempuan Sajat! Sama Tak?
SPRM Papar Senarai Pengisytiharan Harta MP, Menteri PH Di Portal
Polis Buru 10 Pelajar Bolos Asrama Akhlak
Kenapa Kita Makan Popcorn Dalam Panggung Wayang? Ini Jawapannya!
Bung Mokhtar Sahkan Ada Lagi Bakal Keluar UMNO, KJ Dan Hishammuddin Masih Setia
Lelaki Ugut Tembak Budak 11 Tahun Lepas Kalah Main 'Fortnite'
'Perempuan Dagu Senget' Nak Lapor Polis Lepas Kena Lempang Dengan Zarina Anjoulie?
Kecoh Najib 'Didera'! Dulu Anwar Ditangkap, Boleh Pula Sahara Yaacob Buat Roadshow?
Port Dickson? Begini Asal Usul Namanya..
Ini Dia 3 Strategi Rahsia Bisnes Bangsa Cina
Angin Syaitan Burukkan Kebakaran Di California, Ratusan Selebriti Terkenal Berpindah
Sungai Tenang, "Kepala Air" Datang. Apa Tandanya?
Adakah Rakyat Mempunyai Hak Untuk Berhimpun Dari Perspektif Undang Undang?
Kini Tidur Tidak Terganggu Lagi! Apakah Teknik Rahsia Itu?

Komen Terbaru

Quote fatinandreanna 7-12-2018 08:33 AM
Penulis teori konsprirasi anti illuminati uncle sam Fritz Springermeier pernah mengutarakn prkara yg sama dlm . Ada lagi lanjutan Simpson ttg Presiden Trump tu. Aku harap x trjadila.

Lain-lain Komen

Quote pearl.silver 19-9-2018 01:10 PM
Tahun 94 tu apple ada gajet apa..
Quote Foxey 19-9-2018 01:18 PM
Waaa... Tak sangka pulak banyak jadi real. Now wondering, penulis tu psikik ke atau hanya kebetulan semata...
Quote shernazz 19-9-2018 01:25 PM
Sampai skang iols tgk cite neh
Dgn family guy
American dad
Quote armin 19-9-2018 02:22 PM
Too real to be coincidence. Most of it peristiwa dunia yg penting pulak tu like 9/11, trump
Quote armin 19-9-2018 02:22 PM
Too real to be coincidence. Most of it peristiwa dunia yg penting pulak tu like 9/11, trump
Quote merrissa 19-9-2018 02:27 PM
shernazz replied at 19-9-2018 01:25 PM
Sampai skang iols tgk cite neh
Dgn family guy
American dad

biler la nak start season baru ni....lama benar rehatnya.....
Quote insulin 19-9-2018 02:39 PM
Kebetulan kut.
Quote moonbug 19-9-2018 03:23 PM
Planned coincidence? boleh ke gitu huhu
Quote Victorioussss 19-9-2018 03:47 PM
shernazz: Sampai skang iols tgk cite nehDgn family guyAmerican dad



Iols pnh layan simpson dan futurama. Tp sejak famili guy ada, i mmg layan tu je. Lawak gila, dark, racist, narcicist, pedo semua ada. I plg suke bile episode dia buat parody
Quote shernazz 19-9-2018 04:38 PM
merrissa replied at 19-9-2018 02:27 PM
biler la nak start season baru ni....lama benar rehatnya.....

Tu lah..nak.melayan.season yg baru neh..
Tp.kalau family guy tu iols sure akan teringat baby pian..hahahha
Quote shernazz 19-9-2018 04:40 PM
Victorioussss replied at 19-9-2018 03:47 PM
Iols pnh layan simpson dan futurama. Tp sejak famili guy ada, i mmg layan tu je. Lawak gila, d ...

Futurama.pon iols minat
Iols kenal masa kuar kt tv3 masa skola.dolu
Dah la pkl 11malam...
Hahaha
Quote supernaturalee 19-9-2018 04:45 PM
Victorioussss replied at 19-9-2018 03:47 PM
Iols pnh layan simpson dan futurama. Tp sejak famili guy ada, i mmg layan tu je. Lawak gila, d ...

mmg animasi2 ni semua klu tgk mmg pecah perut

cuma tu lah
lawak die tu kdg melampau kot
tp xpnh dgr plak jd isu

xmcm snl tu
ade sesetgh tu smpi kena ban terus dr muncul lg


Quote gummygummy 19-9-2018 04:48 PM
tak pernah layan. tp ramai jugak yg minat
Quote chinta89 19-9-2018 04:51 PM
kebetulan yg sesuatu sgt
Quote Victorioussss 19-9-2018 05:06 PM
shernazz replied at 19-9-2018 04:40 PM
Futurama.pon iols minat
Iols kenal masa kuar kt tv3 masa skola.dolu
Dah la pkl 11malam...

I gelak kaw2 bile dia parodykan sushi restoren yell at customer. Sangat spot on haha


Sis try tgk kt youtube family guy shawshank parody. Tp make sure dh tgk shawshank original dlu. Lg pecah perut

Juga sangat sexist bile kene kt meg. Hahah and still i love meg sbb suara mila kunis
Quote Victorioussss 19-9-2018 05:10 PM
supernaturalee replied at 19-9-2018 04:45 PM
mmg animasi2 ni semua klu tgk mmg pecah perut

cuma tu lah

Indeed..dia kutuk2 movie, presiden, micky mause, disney tp rilek je kalu kene saman pn. Lgbt pn dia bantai. Most org pk xlawak..tp for me gile lawak. I mmg suke dark humour
Quote tobobon 19-9-2018 05:23 PM
Victorioussss replied at 19-9-2018 05:06 PM
I gelak kaw2 bile dia parodykan sushi restoren yell at customer. Sangat spot on haha

here comes a black  guy!!

i dah gelak sejak dia minta duit dari bini dia si lois tu.. out of nowhere..ntah tiba2 nak minta duit
Quote supernaturalee 19-9-2018 05:24 PM
Victorioussss replied at 19-9-2018 05:10 PM
Indeed..dia kutuk2 movie, presiden, micky mause, disney tp rilek je kalu kene saman pn. Lgbt pn di ...

kannn

for me don't take it serious
time tgk tu layan je
tp secara xlangsung die buatkan kita berfikir jgk tau
berfikir ttg joke yg die buat tu dan relate dgn isu sbnr

kira habis tonton
dah habis situ je



Quote awanearisu 19-9-2018 11:21 PM
Banyak pula yang tepat

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045647s Gzip On
    To Top