Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Dipersenda Kerana Gaya Rambut Mullet Menjadi Tular, Remaja Saman Media

13-9-2018 12:47 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 9

Seorang remaja, Ali Mosslmani dari Sydney telah berjaya menyaman dua buah syarikat penerbitan kerana mempersendakan gaya rambut mulletnya.


Kredit Foto: Ziggy

Gaya rambut mullet adalah gaya rambut yang pendek di hadapan, tetapi panjang di belakang dan ia popular pada tahun 1980an.



 
Kredit Foto: Telegraph

Ali Mosslmani mendapat pampasan apabila mahkamah mendapati akhbar Daily Mail dan Australian Radio Network telah menerbitkan beberapa meme yang tular dan mengaitkan gaya rambut Ali dengan budaya tidak sihat. 

Meme itu termasuklah menyamakan rambutnya dengan gaya binatang dan rumus Matematik, teorem Pythagoras.


Kredit Foto: Know Your Meme


Kredit Foto: Know Your Meme

 
Kredit Foto: Know Your Meme

Kejadian bermula pada tahun 2015 apabila Ali yang baru memotong rambutnya mengikut gaya mullet menghadiri sebuah majlis hari jadi rakannya ke-18.  

Seorang jurufoto daripada sebuah syarikat penerbitan, Jeremy Nool kemudian telah merakam gambarnya yang sedang menari dan menjualnya kepada beberapa penerbitan.

 
Kredit Foto: The Cult of the Crispy Geek

Selepas menjadi tular di media, Ali telah melancarkan saman malu terhadap tiga penerbitan yang mana dua daripadanya bersetuju membayar sejumlah saman yang dirahsiakan. 

Hakim Mahkamah Sydney, Judith Gibson meluluskan penyelesaian saman tersebut yang dicapai pada minggu ini.

 
Kredit Foto: Know Your Meme

Peguam Ali Mosslmani gembira dengan penyelesaian saman malu itu. Bagaimanapun, perbicaraan mahkamah antara Ali dengan penerbitan ketiga, Nationwide News yang enggan membayar saman akan bermula pada April 2019 iaitu lebih tiga tahun selepas rambut mullet Ali menjadi tular. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
5
Terkejut
8
Sedih
5
Lawak
5
Bosan
5
Komen: 8
Komen

Previous : Anda Yang Ada Masalah Kebotakan Boleh Cuba 10 Jenis Minyak Ini!

Next       : Jijik! Lelaki Gosok Buah Pada Punggung Sebelum Kembalikan Pada Rak Pameran

Komen Terbaru

Quote JohnnySins 13-9-2018 07:24 PM
phytagoras....win...wakakakakakakakkakakakakakakakakakkaak

Lain-lain Komen

Quote matkpop 13-9-2018 02:05 PM
dah rambut kau memang kelaka pun.
Quote Foxey 13-9-2018 02:33 PM
Jadi famous tak pasal sebab gaya rambut
Quote hadibah 13-9-2018 02:36 PM
ok lagi rambut camni

dari fesyen si sepet jinjang mata sepet rambut color blonde

jijik siot

Quote Artemesiaa 13-9-2018 02:40 PM
Yang ada skunk tu agak lawak
Quote dani-rox 13-9-2018 03:21 PM
Mullet - business in front, party in the back.
Quote MarryPottet 13-9-2018 06:12 PM
dr rozmi dulu pun ramai org buat meme & troll pesen rambut cendawan dia. kalau dia saman mcm kes ni, mahu dia jadi jutawan tanpa perlu jual produk timbang kilo mengarut menipu
Quote umbut 13-9-2018 06:24 PM
Dulu2 kan ada fesyen ekor.. yg jadi mangsa anak lelaki kecik2
Quote JohnnySins 13-9-2018 07:24 PM
phytagoras....win...wakakakakakakakkakakakakakakakakakkaak

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.038833s Gzip On
    To Top