Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

9 Fakta Mengenai Doraemon Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Dengar Sebelum Ini!

12-9-2018 12:27 PM|Oleh: Ferr Remy| Komen: 19

Related image
Sumber: Google


Doraemon merupakan siri kartun kegemaran ramai yang sangat popular di Malaysia. Bertahun-tahun lamanya kucing robot ini dipuja rakyat Malaysia tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tetapi pasti ramai yang tidak tahu beberapa informasi di bawah mengenai Doraemon. Jom kita baca!

1. Doraemon pada mulanya dinamakan sebagai MS-903 yang juga merupakan kod pengeluarannya sebelum ditukarkan kepada nama yang lebih komersial yang kita kenali sekarang ini. Dora bererti kucing liar manakala Emon pula merupakan kata tambahan tradisional Jepun yang digunakan untuk manusia yang berjantina lelaki atau haiwan jantan. Perkataan Dora juga bermaksud gong di mana bentuk tubuh Doraemon yang kelihatan bulat seperti gong.

2. Poket ajaib Doraemon boleh menampung sehingga 4500 alatan ajaib.

Image result for doraemon pocket
Sumber: Google

3. 1293 merupakan nombor bertuah Doraemon. Doraemon lahir pada 3 September 2112 (3/9/12).

Doraemon memiliki berat badan 129.3 kg, dengan ketinggian 129.3 cm. Lingkar pergelangan tangan dan kakinya berukuran 129.3 mm, manakala lingkaran kepala serta dadanya pula berukuran 129.3 cm.

Doraemon juga boleh berlari sehinnga mencapai kelajuan 129.3 km/jam dan melompat setinggi 129.3 cm ketika diancam bahaya. 
Kekuatan maksimumnya pula mencecah 129.3 bhp.

4. Mungkin ramai yang tidak tahu, Doraemon tidak mempunyai telinga kerana kedua-dua telinga miliknya telah digigit tikus lantas menjadikan tikus sebagai binatang yang paling ditakuti oleh Doraemon.

5. Doraemon pada permulaan kewujudannya bukanlah berwarna biru, sebaliknya berwarna kuning. Doraemon bertukar warna menjadi biru akibat tangisannya yang terlalu banyak sehingga melunturkan warna kuning di badannya dan bertukar ke warna biru.

Image result for doraemon yellow
Sumber: Google

6. Doraemon mendapat pendidikan di Sekolah Robot (Robot School).

7. Doraemon mempunyai adik perempuan yang bernama Dorami. 

8. Doraemon pernah mempunyai teman wanita bernama Noramyko. Noramyako memutuskan hubungan cintanya dengan Doraemon kerana Doraemon terlalu pendek untuk dirinya (setelah telinganya putus digigit tikus).

9. Sehinggalah saat penulisnya meninggal dunia, Doraemon masih tidak memiliki kisah pengakhirannya. Pelbagai versi dan teori mengenai kisah pengakhiran untuk siri yang dicipta para peminatnya di seluruh dunia. 

Kreatif sungguh imaginasi pelukisnya, Fujio F Fujiko sehingga mampu menghasilkan kartun sehebat ini. Malah, beberapa alatan imaginasinya yang dihasilkan untuk siri Doraemon pada puluhan tahun lalu juga menjadi kenyataan! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 19
Komen

Previous : Ron 95 Atau Ron 97, Mana Satu Lebih Bagus?

Next       : Iklan Nike Ini Mencetuskan Penghasilan Meme Internet Di Serata Dunia

Komen Terbaru

Quote kucing02 26-11-2018 04:15 PM
kartun yg plg aku suka smpai skrg..

Lain-lain Komen

Quote intan_smsb 12-9-2018 12:29 PM
saya nak pinjam pintu doraemon
Quote epis 12-9-2018 01:28 PM
Peminat doraemon macam saya pasti tahu mostly fakta2 tersebut~
Quote ad_hoc79 12-9-2018 01:47 PM
suka doraemon
Quote abangadek 12-9-2018 01:52 PM
owhhhhhhhhh
Quote gummygummy 12-9-2018 02:31 PM
nak pintu suka hati!
Quote Victorioussss 12-9-2018 02:51 PM
No 8. Dah xde telinga, xensem baru mntk clash. Alasan, pendek konon. Dasar perempuan!

Eh..dasar kucing betina!
Quote precious_chicas 12-9-2018 02:55 PM

pintu sukahati paling best!
Quote FMKiller 12-9-2018 04:37 PM

aku pon nak pintu sukahati. senang. xpayah redah jam hari2.
Quote RatuDunia94 12-9-2018 10:33 PM
Iols peminat doraemon.. tp lately ni gajet2 heols mcm redundant la.. contohnya nak pergi ke suatu tempat gn alat baru.. walhal ada je pintu suka hati.  Pastu ada alat baru utk ulang masa, walhal ada mesin masa..
Quote umbut 12-9-2018 10:37 PM
Masa kecik selalu imagine kalau ada poket doraemon tu.. mcm2 leh buat
Quote nishikido 13-9-2018 01:15 PM
Fevret kecik2 dulu..time sekolah dulu I pernah kena gelak dengan kawan2 bila I cakap I nak jadi nobita, sedangkan dorang pilih sizuka sebab pandai dan cantik..nobita bodoh,pemalas dan malang..padahal jadi nobita la best,ada doraemon..
Quote Xixie 13-9-2018 01:33 PM
britney suka doraemon ni............
Quote Chesire_Epilog 13-9-2018 01:44 PM
Fakta yg i paling ingat warna doraemon yang sebenarnya ialah warna kuning. Disebabkan putus cinta dengan girlfriend, doraemon menangis sampai la warna badan luntur & jadi warna biru
Quote zuuu 13-9-2018 02:43 PM
Suka Doreamon,xkisah la anime or manga,kalo ada free time aq suka baca manga dye,paling aq suka kisah penjelajahan Doreamon n rakan2 tnya,cite pasal Doreamon n his 6 best friends waktu dyorg kt sekolah robotic,Doreamon ni sbnarnya lbih kurg nobita gak waktu study dulu
Quote Artemesiaa 13-9-2018 03:40 PM
Yang pasti kebanyakan wanita ada handbag yang macam poket Doreamon macam2 ada
Quote nadna 13-9-2018 07:37 PM
Legend paling diingati
Quote EvieWanKenobi 17-9-2018 09:56 AM
Doraemon memang comel..
Quote PandaSaka 17-9-2018 01:53 PM
an an annn totemo daisuki

DORAEMO-UNNNN
Quote kucing02 26-11-2018 04:15 PM
kartun yg plg aku suka smpai skrg..

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046267s Gzip On
    To Top