Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bertubuh Sasa, Jantina Pemain Bola Tampar Indonesia Ini Sentiasa Dipersoal

6-9-2018 04:43 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 56

Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Palembang tahun ini sekali lagi memeningkan pemain bola tampar handalan Indonesia, Aprila Santini Manganang apabila jantinanya kembali dipersoalkan. 


Sebelumnya pada temasya Sukan SEA Singapura 2015, penyertaan Aprila dibantah oleh pegawai dari negara Filipina berikutan susuk tubuhnya yang sasa dan menyerupai lelaki.


Kredit Foto: Tribun Kaltim

Pemain bola tampar berumur 26 tahun dengan ketinggian 170 cm ini merupakan seorang anggota tentera darat dan sering berperwatakan tomboi. 


Beliau juga memiliki badan yang tegap sehingga sering disangka seorang lelaki. Sejak kecil, beliau sangat meminati sukan dan aktiviti lasak.

 

Kredit Foto: Facebook

Memetik Kompas.com, Aprila menyatakan sangat kekok mengenakan pakaian wanita dan memakai alat solek. 


Beliau mengakui hanya mengenakan solekan ketika acara rasmi yang mewajibkannya berdandan


"Kali terakhir saya memakai gaun secara sukarela ialah ketika acara pembatisan di gereja semasa belasan tahun," tambahnya lagi.

 

Kredit Foto: Facebook

Aprila mula menyertai sukan bola tampar secara serius ketika berada di bangku sekolah menengah lagi pada tahun 2008, dan pernah memenangi beberapa anugerah pemain terbaik liga professional bola tampar Indonesia.


 

Kredit Foto: Aneka Info Unik

Pada tahun 2015, penyertaan Aprila dalam Sukan Sea di Singapura menjadi kontroversi apabila pasukan Filipina telah menyerahkan surat protes rasmi dan  meminta ujian gender dilakukan terhadap beliau. 


Bagaimanapun Persekutuan Sukan Sea telah meneliti dokumen yang diserahkan oleh negara Indonesia dan mengesahkan Aprila adalah seorang wanita asli. 


Aprila sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah menjalankan banyak ujian jantina nyang mengesahkannya sebagai wanita.


 

Kredit Foto: Manganang Pdh

Kelibat Aprila kemudian kembali mewakili tuan rumah Indonesia dalam Sukan Asia tahun ini dan sosok garangnya di gelanggang terus menjadi bualan. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 55
Komen

Previous : Tak Sangka Senang-senang Boleh Dapat Voucher Percuma Di H&M, Ini Caranya

Next       : Eh, Jijiknya! Bintang YouTube Cukur Kemaluan Secara Langsung

Komen Terbaru

Quote Ceqnok 14-9-2018 02:29 PM
Sekali pandang pon dah mcm lelaki...pakai uniform pompuan pon ttp nmpk cm lelaki.

Lain-lain Komen

Quote Ferr_Remy 6-9-2018 04:44 PM
Jadi laki ensem, jadi pompuan nmpak cam pondan kikiki
Quote lolita737 6-9-2018 04:44 PM
kalau kata dia lelaki pun iolls percaya..

sado betul..
Quote zulka 6-9-2018 04:48 PM
takde nenen pun
Quote BoLapciOus 6-9-2018 04:49 PM
hmmm not bad..kekar sungguh
Quote Mina2215 6-9-2018 04:53 PM
1. Bahu lebih luas dari pinggul

2. Leher besar

3. Breast takde

4. Ensem. Hehehe



Quote Sang_Pencinta 6-9-2018 04:55 PM




Dia dan kakaknya Amasya. Kakaknya pun pemain bola tampar juga
Quote Sang_Pencinta 6-9-2018 04:57 PM




Quote aryyan 6-9-2018 04:57 PM
Sang_Pencinta replied at 6-9-2018 04:55 PM
Dia dan kakaknya Amasya. Kakaknya pun pemain bola tampar juga

kakak ke kakanda?
adoi. depa ni mmg genetic yg extra testosterone kot.
Quote Sang_Pencinta 6-9-2018 04:58 PM
Quote Sang_Pencinta 6-9-2018 05:00 PM
Quote Sang_Pencinta 6-9-2018 05:00 PM
Quote Sang_Pencinta 6-9-2018 05:01 PM
Quote Sang_Pencinta 6-9-2018 05:02 PM


Nampak perangai macam perempuan suka sangat bergambar selfie dan aps tik tok
Quote nishikido 6-9-2018 05:56 PM
Xde rupa perempuan langsung..maskulin habis, handsome lak tu..law ada bf mesti org ingatkan pasangan gayah..pape pon she pakai uniform tu hauk sangat
Quote SiMontel 6-9-2018 06:21 PM
lerrrrrr lagi better dia gaya lelaki.....
yg gambo pompuan tu ala ala pompuan jadian je
Quote orgsepang 6-9-2018 07:47 PM
Sasa dan dada tak macam perempuan, memang boleh tertipu
Quote fahima80 6-9-2018 08:24 PM
Pelik tengok adik beradik manganang ni. Memang rupa dan suara jantan habis. Aku pernah dengar interview dengan aprila ni. Suara dia pun suara lelaki. Ke dia khunsa?
Quote Kahla 6-9-2018 08:34 PM
Teringat dengan atlet malaysia Petra Nabila pun sama mcm ni. Sebijik mcm lelaki weh.
Quote AmandaRollins 6-9-2018 10:15 PM
Hensemnyeeee...

Lihat semua komen(56)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044905s Gzip On
    To Top