Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

13 Petua Orang Dulu-dulu Untuk Mudah Bersalin

7-9-2018 04:45 PM|Oleh: Julia Basri| Komen: 6


Bila usia kandungan ibu mula memasuki ke trimester ketiga, pastinya kerisauan tentang kelahiran bakal bayi akan mula menghantui fikiran. 

Lebih-lebih lagi bakal ibu yang pertama kali melahirkan. Beberapa tips yang akan dikongsikan ini diharap dapat memberikan sedikit kelegaan buat para ibu sekalian.

1.  Amalkan bacaan Surah Maryam sepanjang kehamilan.

2.  Amalkan bacaan dari surah 3 Qul. Sambil baca hendaklah berselawat dan sapu di perut dari atas ke bawah.

3.  Selepas mandi, minum air titisan dari hujung rambut sambil berselawat dan berniat agar dipermudahkan bersalin sebagaimana mudahnya air tersebut menitis.

4.  Banyakkan mengiring ke kiri semasa tidur.

5.  Banyakkan makan sayur bendi. Lendir dari satur bendi dipercayai boleh bertindak sebagai pelincir dan memudahkan proses kelahiran.

6.  Banyakkan makan buah kurma. Elok diambil dalam bilangan ganjil setiap kali memakannya.

7.  Bila berada di dalam bilik atau dewan bersalin, baca doa Nabi Yunus berulangkali

8.  Boleh juga diamalkan minum minyak kelapa dara. Ianya juga bagus sebagai pelincir bagi proses kelahiran nanti.

Foto Carian internet

9.  Amalkan makan dua biji telur setengah masak setiap hari bermula dari dua minggu sebelum tiba tarikh kelahiran.

10.  Amalkan zikir 'Ya Fattah' sentiasa di bibir supaya laluan bayi cepat terbuka.

11.  Amalkan zikir 'Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir' sebanyak 21 kali sebelum menghembuskannya  ke  dalam  gelas.  Air tersebut bolehlah diminum.

12.  Elok juga di amalkan senaman kegel (senaman kemutan otot lantai pelvik). 

Foto Carian internet
14.  Memohon keampunan dari suami, ibu bapa dan ibu bapa mertua kita sebelum masuk ke dalam bilik atau dewan bersalin.

13.  Selebihnya hendaklah kita berdoa dan memohon dari Allah swt agar dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
5
Bosan
6
Komen: 5
Komen

Previous : Anjing Liar Berleluasa Di Malaysia: Sudah Sampai Masanya Untuk Kita Bertindak!

Next       : Gadis Terpaksa Potong Jari Kerana Suka Gigit Kuku

Komen Terbaru

Quote Zaien 11-9-2018 12:22 AM
ade petua boleh pkai.. ade yg mengarutt...

aku rimas bila Mil asyik sbut2 pantang larang n petua zman dlu kala...

Lain-lain Komen

Quote umbut 7-9-2018 09:45 PM
Dah nak bersalin before ke labour, aku minum milo tambah margerin
Quote susukambingbest 7-9-2018 10:40 PM
Tq utk info ni
Quote Meiizu 10-9-2018 12:53 AM
No 9 takleh ikut
Telur separuh masak berkuman
Bahaya utk ibu pregnant
Quote makmelah 10-9-2018 01:05 AM
Tips #3 mcm tak betul aja... minum air titisan ujung rambut? kamon la.....

Tapi tips yg lain especially baca doa, quran dan minta maaf pada suami dan ahli keluarga tu betul.  
Quote Zaien 11-9-2018 12:22 AM
ade petua boleh pkai.. ade yg mengarutt...

aku rimas bila Mil asyik sbut2 pantang larang n petua zman dlu kala...

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.039956s Gzip On
    To Top