Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Selain Lavida Coin, Ini 12 Skim Pelaburan Dalam Senarai Hitam Terkini BNM

14-9-2018 06:14 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 7

Mungkin kerana kurangnya ilmu dalam pelaburan atau sengaja ingin mengambil risiko terlibat dalam perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat, masih ramai golongan masyarakat yang mudah tertipu dengan skim pelaburan palsu terutamanya yang melibatkan Bitcoin, Forex, Emas dan Saham.


Kredit Foto: Shoreline Area News

Tahun lalu, PDRM mendedahkan 30 syarikat pelaburan yang dipercayai terlibat dalam skim penipuan melinbatkan jumlah RM3.8 billion. Jabatan Siasatan Jenayah Komersal (JSJK) Bukit Aman merekodkan seramai 974,301 individu yang menjadi mangsa dalam penipuan seperti ini. Salah satu cara untuk membendung masalah ini ialah dengan sentiasa merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum membuat sebarang pelaburan terutamanya mellibatkan institusi atau syarikat yang baru.

Kredit Foto : Bank Negara Malaysia

Bagi tahun 2018, BNM telah menambah 12 syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan menjalankan operasi pelaburan, menjadikan jumlah terkini yang disenaraihitam kepada 420 syarikat.

12 Skim pelaburan baru itu beserta tarikh mereka disenaraihitamkan adalah seperti berikut:

1.    Empires Making Money For You (EMM4U) (28/02/2018)

2.    Financial.org Malaysia (09/04/2018)

3.    GCMAsia (17/01/2018)

4.    Globamas Trading (28/02/2018)

5.    IPG Capital (24/04/2018)

6.    Kazuki Coin (30/05/2018)

7.    Making Money For You (MM4U) (28/02/2018)

8.    Mayuni Enterprise (28/02/2018)

9.    Spot Gold Scheme (24/04/2018)

10. Times Travel & Explorer Sdn Bhd (09/04/2018)

11. Tu-E Capital Berhad (13/03/2018)

12. BDIG Investment Scheme (11/07/2018)


 

Kredit Foto :Carousel


Kredit Foto: BinaryScamAdvisor

Kredit Foto: FB IPG Capital

Menurut laman sesawang BNM, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan kesemua 12 individu atau entiti yang disenaraikan di atas kerana ianya tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan.


Sebagai tambahan, memetik tulisan penasihat kewangan Azizi Ali dalam Utusan, selain menyemak senarai BNM, beberapa petunjuk pelaburan scam antaranya; pulangan pelaburan (ROI) yang tinggi dan tidak munasabah, pulangan mingguan atau harian tinggi tanpa liputan media antarabangsa, tiada prospektus dan laporan tahunan, tiada auditor dan trustee dan merekrut downline tanpa lesen jualan langsung.


Kredit Foto: MajalahLabur


Oleh kerana skim penipuan seperti ini sentiasa bersalin kulit iaitu menukar nama syarikat, laman web, logo atau produk tetapi masih dengan modus operandi yang sama, masyarakat digesa supaya sentiasa peka kepada isu penipuan dan menambahkan ilmu pengetahuan sebelum membuat sebarang pelaburan.- CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
4
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 7
Komen

Previous : Ketagihan Media Sosial, Facebook Umum 'Setting' Terbaharu Hadkan Penggunaan Masa

Next       : 'Edisi Throwback' - Media Sosial Kegilaan Sebelum Kemunculan FB Dan IG

Komen Terbaru

Quote GuaDahTua 11-10-2018 10:56 PM
Sang_Pencinta replied at 27-9-2018 06:34 AM
Dia dah tukar website

https://www.lavidacoin.com/

pergh kat UK ..

Ulu Klang ahakss..

Qu Putih ,Qau Hitam !

Lain-lain Komen

Quote matkpop 14-9-2018 09:17 PM
pernah dengar BDIG je.
Quote Bilissey 15-9-2018 05:38 AM
BDIG yang tengah top sekarang
Quote silentreader173 16-9-2018 10:31 PM
Dah 2018 dah. Harap2 takda lagi yang tertipu dengan scammer2 ni
Quote Megikari 17-9-2018 07:34 AM
Nak cepat kaya, kerja lebih la. Tengok founder2 scam ni, mereka bekerja keras siang malam untuk jayakan penipuan ni. Now mereka dok goyang kaki je tadah duit mencurah2 dari langit hasil kebodohan n ketamakan rakyat2 miskin yang nak kaya cepat tapi malas kerja ni
Quote miemiecha 18-9-2018 09:22 AM
apak mek antara org yg percaya ngat ngan mmbe2 kaki kencing scammer nih...
alsan : byar 100 je x byak.. tp lau ikut lojik, dah 10 anak dia daftar, byak lah jgk...
beli kambing wat kenduri lg bgus, tp nk ckp kang kecik ati..
#dah pernah tegur apak eyh, tp still yakin ngan mmbeer..
Quote Sang_Pencinta 27-9-2018 02:34 PM
Dia dah tukar website

https://www.lavidacoin.com/




sekarang https://lavidacoin.io/



Adakah satu cubaan bersalin kulit lepas kena ban BNM?

Quote GuaDahTua 11-10-2018 10:56 PM
Sang_Pencinta replied at 27-9-2018 06:34 AM
Dia dah tukar website

https://www.lavidacoin.com/

pergh kat UK ..

Ulu Klang ahakss..

Qu Putih ,Qau Hitam !

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.041708s Gzip On
    To Top