Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Sedapnya! Apam Milo Yang Jadi Viral Ini Hanya Guna 4 Bahan Je

3-8-2018 11:05 AM|Oleh: Faizal| Komen: 8

Menarik! Dengan 4 bahan sahaja sudah boleh membuat apam yang sedap. 

Resipi ini telah dikongsi oleh Saudari Fatihatul Hakimah di laman facebooknya. Resipi mudah ini mendapat perhatian ramai untuk mencubanya.


Sebenarnya Fathihatul hendak membuat kek pelangi tetapi tidak cukup bahan, jadi terhasilnyalah apam milo yang sungguh mudah. Yang penting keluarga, suami dan adik-adiknya kata sedap. Kiranya ini adalah pertama kali beliau buat.

Jom ikuti resipi yang telah beliau kongsikan

Bahan-bahan:


Telur 6biji
Tepung gandum 2cawan
Gula pasir 2cawan
Milo setengah cawan

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula sehingga putih dan kembang. Guna blender sahaja pun boleh.

2. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.

3. Bahagi dua adunan tadi. Satu bekas biarkan kosong atau boleh bubuh pewarna lain. Bekas lagi satu, masukkan pula milo dan kacau sehingga sebati.


4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, loret guna lidi ataupun garfu untuk nampak berbunga-bunga.

5. Kukus 20minit (air kukusan mesti dah mendidih dahulu sebelum mula mengukus).


Macam mana? Mudah kan? Selamat mencuba. - CARI 

Kredit resipi & foto: Fatihatul Hakimah Via Resipi Apam Gebu

Apa Reaksi Anda...

Bagus
21
Marah
28
Terkejut
14
Sedih
13
Lawak
23
Bosan
22
0
0
Komen: 8
Komen

Previous : 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 2)

Next       : Sedang Usaha Dapatkan Zuriat? Amalkan 12 Makanan Tingkatkan Prestasi Seksual Ini

Komen Terbaru

Quote sapasapa 14-5-2021 05:07 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lain-lain Komen

Quote kuzaime 3-8-2018 02:04 PM
Kena letak vanilla esen sikit..kalau x mau ada bau/rasa hanyir telur..
Quote dubuk 3-8-2018 08:27 PM
sedap ke               
Quote Foxey 6-8-2018 02:41 PM
nampak cam sedap... ada sesapa dah try resipi ni?
Quote MsKoreanfanatic 15-8-2018 04:29 PM
sedap ke tak sedap?
Quote zueu8 21-8-2018 05:51 PM
kita dah buat ermm ok la not bad . Nama pun apam mmg terasa MILO tu pada keesokan hari...hahaha..favourite my kids now. Thanks pada pemberi resepi.
Quote frozenfroggie 23-8-2018 01:00 PM
Macam senang..
Quote Daintymerry19 20-9-2018 02:51 PM
Nampak mcm senang nak buat
Quote sapasapa 14-5-2021 05:07 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top