Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ketagihan Media Sosial, Facebook Umum 'Setting' Terbaharu Hadkan Penggunaan Masa

29-8-2018 04:46 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 4

Akibat kritikan yang semakin menggunung terhadap kesan negatif platform teknologi, Facebook dan Instagram (milik Facebook) telah mengumumkan satu set tools baru untuk membantu pengguna mengehadkan penggunaan masa di media sosial. 

Kredit Foto: Mill Gossip Nigeria


Dalam Facebook dan Instagram, anda akan melihat paparan aktiviti yang akan menunjukkan purata masa yang anda gunakan setiap minggu dan pecahan aktiviti setiap hari. 


Kredit Foro: Buzzfeed


Selain daripada itu, ciri 'peringatan harian' juga akan dimuatkan di mana anda akan diberikan peringatan selepas menggunakan aplikasi sosial tersebut melebihi sejumlah masa yang ditentukan. 


Sebagai tambahan, anda juga kini boleh memadam notifikasi sementara (contohnya 15 minit atau 8 jam) dan mengelakkan anda melihat sebarang notifikasi pada skrin. Anda hanya akan dapat melihat semua notifikasi tertunggak selepas membuka aplikasi tersebut.


Kredit Foto: Buzzfeed

Ciri-ciri pengurusan masa ini dijangka akan mula dipasang di aplikasi milik Zuckerberg dalam beberapa minggu lagi. Untuk memuatnaik ciri ini, anda boleh menggunakan arahan berikut:


Instagram: go to settings page > Your Activity

Facebook:  go to the Settings & Privacy page > Your Time on Facebook. 


Facebook tidak mengeluarkan sebarang statistik tetapi pada bulan Ogos 2017, Instagram menyatakan pengguna berumur bawah 25 tahun meluangkan masa lebih 32 minit sehari secara purata manakala pengguna di atas umur 25 tahun meluangkan masa sekitar 24 minit sehari secara purata. 


Kajian tahun 2017 yang dikeluarkan oleh American Journal of Preventive Medicine menyatakan pengguna yang meluangkan masa lebih 2 jam sehari di aplikasi internet akan mengalami dua kali ganda keterasingan berbanding mereka yang menggunakan aplikasi internet kurang 30 minit sehari. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
2
Terkejut
5
Sedih
6
Lawak
6
Bosan
6
Komen: 4
Komen

Previous : Ramai Tak Tahu! Kad Plusmiles Miliki Rebat, Boleh Ditebus Menjadi Duit

Next       : 'Edisi Throwback' - Media Sosial Kegilaan Sebelum Kemunculan FB Dan IG

Komen Terbaru

Quote ashcroft86 31-8-2018 09:26 PM
Youtube pon dah buat.

Lain-lain Komen

Quote Foxey 30-8-2018 09:31 AM
don't even have one
Quote si_wawa 30-8-2018 12:48 PM
Ha... bagus jugak ni.
(walaupun agak skeptik, tu kan maknanya pemilik FB ni macam sengaja mengurangkan profit? Hmmm)
Quote kamilaa 31-8-2018 09:05 PM
byk yg negative dr pengaruh social media
Quote ashcroft86 31-8-2018 09:26 PM
Youtube pon dah buat.

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047882s Gzip On
    To Top